HOME SWEET HOME~

Showing posts with label Alin. Show all posts
Showing posts with label Alin. Show all posts

Friday, August 26, 2011

Alin, moga kita ketemu lagi...


Malam 27 Ramadhan 1431H menyaksikan pemergian kucing kesayangan yg tertua - ALIN.
Setelah lebih 12 tahun menabur bakti, menjadi sebahagian dari keluarga ini, akhirnya Allah menarik kembali salah satu nikmat yg dikurniakanNya kpd keluarga ini.

Alin yg menjadi induk kepada generasi-generasi kucing kami. Alin yg tika kecilnya nakal dan lasak, membesar menjadi peneman setia tika di dapur. Alin yang suaranya jarang-jarang di dengar, tapi sentiasa saja memberi respon saat di panggil. "Alin!" Ekornya akan bergerak-gerak menyahut panggilan itu, walau kepalanya memandang ke arah lain. Alin yg sangat sangat suka melompat naik ke kerusi meja makan, pantang saja melihat kami hendak menjamu selera. Alin yg suka duduk di tempat-tempat pelik. Alin yg sudah berusia tapi masih comel dengan mata hijaunya yang bulat bersinar itu. Alin.... Alin...

Saat-saat akhir kehidupannya menyaksikan seekor Alin yang hilang selera makan, lemah terjelepuk, sukar untuk berjalan lagi... Memang menyedihkan. Tapi apakan daya, inilah ketetapan Allah. Masa Alin yg telah dijanjikan telah tiba. Masa kita, bila-bila pun akan tiba. Mati itu pasti. Bersediakah kita?

May we meet again Alin in Jannah, insyaAllah. Allahumma amin...


Thursday, November 11, 2010

Pelampau!

Cuba teka kat mana Alin tengah tidur dengan sangat lenanya?



Jawapan: dalam loyang buat kek yang baru beli. kucing ni memang melampau kan?!

Monday, October 18, 2010

Alin memang pelik!!

Rupanya ada sambungan dari kisah Alin yg pelik. Ingatkan kisahnya berakhir dengan 2 ekor anak, rupanya tidak. Dia kan beranak waktu pagi. Tiba-tiba dalam pukul 9 malam, tengok dalam kotak, eh dah ada 3 ekor pulak! Ok la. Boleh diterima gap masa bersalin agak panjang. Tapi yg paling tak tahan, bangun pagi esoknya, tengok-tengok, eh anaknya dah berganda jadi 5! Hu, sehari gap anak sulung dgn anak bongsu. Kesimpulannya, anak dia ada 5.

Mungkin alin ni dah hampir nyanyuk, dia dah macam xreti nk jaga anak. Anak dia nangis pun kadang buat tak heran. Bising je. Tapi kesianla dia.Kan ke dah tua,masih beranak kecik. Dah tak lalu nak melayan agaknya.

Thursday, October 14, 2010

Alin sudah beranak tapi berperangai pelik

Tahu tak mama lin ni pregnant? Alhamdulillah dah selamat bersalin pun. Tapi dalam perut yg besar macam belon tu, anak dia 2 ekor je! Takpela, Alin dah tua. Tak larat pulakkan nati nak jaga anak ramai.

Yang macam peliknya, takde tanda2 pun macam nak dekat beranak. Rilek je. Takde pun pergi survey2 tempat nak beranak macam kucing lain. Tetibe je pagi tadi buat bunyi2 pelik, naik atas terus pergi kat bilik study, masuk bawah drawe baju yg kosong. Memang dah plan ni nak beranak kat situ. Walhal tak penah pun rasanya dia naik atas. Hmm. Dia pun beranakla anak hitam putih.

Tengah2 alg menjamu selera breakfast roti canai, tibe2 nampak makcik ni melenggok ke dapur. Di tinggalnya anak dia kat atas. Dia duduk kat ruang makan jilat2 badan. Pastu dia bangun jalan ke dapur, tengok2 anak dia yg ke 2 dah tergantung2 nak keluar! Bertuah punya kucing....

Begitulah alkisah nya alin. Maybe dia dah nyanyuk kot tak ingat cara beranak dgn selamat. Apa pun, welcome new babies :)

Sunday, June 27, 2010

Di sebalik sebuah nama

Jom kita menjejak sejarah bagi mengetahui apa ada di sebalik nama-nama kucing di rumah ni.

ALIN

Kenapa Alin? Macam nama orang je kan. Kisahnya macam ni. Dekat hidung Alin ada satu tompok hitam yang kelihatan macam misai Charlie Chaplin. Ala, pak lawak mat saleh zaman dulu-dulu tu. Maka, jadilah nama kucing tersebut Chaplin. Tapi pasal panjang sangat, lekatlah nama Alin sampai sekarang.

DODI

Bila sebut nama Dodi, ada terbayangkan sesiapa tak? Nama Dodi ni, kalau tak silap la kan, sempena nama Dodi Al Fayed yang kaya tu. Dulu Dodi ni masa kecil kitorang bagi dekat kawan mak. Sepasang. Jadi makcik tu la yg bagi nama dia Dodi. Si pasangannya nama Diana. Lepas tu, satu hari tu mak pinjam Dodi untuk disusukan oleh Alin. Akhir sekali, makcik tu suruh kitorang bela terus pasal pasangannya si Dodi ni sudah meninggalkan dunia. Jadilah Dodi hero kat rumah ni.

COMEL

Kalau si Comel ni senang jela kan nak tau kenapa nama dia macam ni. Tak perlu cerita panjang lah ye. Sebab dia memang comel!

KIRU

Sebenarnya, nama Kiru ni berasal dari perkataan 'keliru' yang bererti confuse. Sebab apa keliru? Sebab dulu, kitorang keliru samaada si Kiru ni berjantina jantan atau betina. Rupanya betina si Kiru ni. Jadilah Kiru yg mengelirukan.


Begitulah kisahnya bagaimana kucing-kucing yang ada di rumah ni mendapat nama. Kamu semua, kalau ada mana-mana yang tak betul, silalah maklumkan ye. Bolehla diperbetulkan demi menyampaikan sebuah sejarah yang soheh dan tepat lagi jitu.

Monday, May 3, 2010

Cubaan ,cubaan



Cubaan gagalkah?Kalau dapat tengok,dapatla ye.

Saturday, April 3, 2010

Sneak peak.


Maaf ye gambar tak clear sangat. Cameraman Sahlan kata ni gambar solarized (maksudnya ambil dalam gelap. Betul eh Sahlan? Mak yang cakap ni. Hehe.) Ni saje nak tunjuk gambar kiru dan anaknya. Haritu mintak awin mms gambar anak kucing, mak hantar yang ini. 2 ekor je nampak. Tapi geramnya tengok yang warna oren tu! Comel comel ^_^. Yang sebelah tu warna kelabu-kelabu. Mesti ni yang abah cakap macam kucing kita nama Comel dulu yang larikan diri tu. Kat belakang Kiru bawah almari tu? Haha, Alin pun ikut menyibuk tidur kat situ. Mana babies lain? Tak nampak langsung.

Thursday, April 1, 2010

New kitties in da house!!

Jumaat 26/3 hari tu, 2 ekor ibu yang sarat bunting telah selamat melahirkan, masing-masing 4 ekor anak kucing. Nampak tak dalam gambar tu? Tapi yang dalam gambar ni belum cukup kourum lagi. Ni masa sedang melahirkan. Yang kelakarnya, dua-dua makcik ni - Alin dan Kiru, nak beranak sama-sama dalam satu kotak. Sukahati kome la. Akhirnya, anak-anak pun kongsi-kongsi la. Anakku, anakmu jua. Lagi-lagi si Kiru yang memang suka kidnap anak orang lain dan mengaku anak sendiri. Nasib baik Alin tak kisah. Muak dah kot jaga budak kecik ^_^