HOME SWEET HOME~

Friday, June 22, 2012

Belasungkawa: Dodi

Bismillahirrahmanirrahim

Awal pagi selasa, 19 jun 2012, Dodi telah pergi meninggalkan kami selama-lamanya. Tidaklah ia menjadi satu kejutan buat kami kerana Dodi pun dah semakin tua dan uzur, tetapi ia tetap merupakan satu kehilangan yang sangat menyedihkan.

Dodi telah lama berkhidmat dgn keluarga ini, kurang sedikit dari Alin. Dia merupakan seekor kucing jantan yang gagah menguasai kampung. Seharian meronda kawasan, menanda tanah jajahan, berlawan bukti kegagahan. Saat pulang ke rumah pasti akan terdenga iauan kuatnya tanda dia sudah pulang, seolah memberi salam. Sang raja pulang untuk mengisi perut yg lapar. Andaikata tiada makanan yg terhidang, dia menunjukkan bakat terpendam menolak tudung saji bagi mendapatkan makanan yg ada. Habis ditolaknya  sampai jatuh pinggan mangkuk pecah berderai entah tak tebilang berapa. Petanda seekor kucing yg bijak kerana kemahirannya semakin lama semakin bagus. Bak kata orang practices makes perfect. Kalau mula-mula dulu saat dia menjalankan misi akan terdengar bunyi bising pinggan ditolak, semakin lama semakin kurang. Pinggan pun kurang yg pecah tetapi makanan tetap dapat dicuri. Dia membina kemahiran membuka tudung saji.

Namun begitu, dia kucing yang baik dan menghiburkan. Terutamanya sebagai penghibur hati emak. Dia tak kisah dibedung emak ibarat bayi. Atau diketakkan di dalam lori mainan lalu ditolak-tolak. Kucing yang penyabar dan selamba.

Di akhir hayatnya, memang dia semakin lemah. Tetapi selera makannya tetap ada dan tidak bosan berusaha menolak tudung saji. Semangatnya untuk hidup begitu kuat!

Dodi, kami pasti akan merinduimu. tapi syukur Allah telahhantar pengganti kawan momot yg rupa mcm dodi. We love u Dodi. Hope to meet u in Jannah. Amee.

Saturday, November 5, 2011

Warkah buat adinda-adindaku

Entri ini adalah penyertaan bagi contest '10,000 interpretasi' di blog contengconteng .


Kehadapan adinda-adindaku yang disayangi,

Cuba lihat gambar di atas. Apa perkara pertama yg terlintas di fikiran korang tatkala melihat gambar tersebut? Along yakin dan pasti, bermacam-macam perkara kan bermain di fikiran korang. Meh Along berkongsi apa yang Along rasa. Lepas ni korang kongsi dengan Along pulak, ok.

Mari kita sama-sama menyelusuri lorong memori (baca:memory lane), mengimbau kenangan kita adik-beradik :)

Mula-mula bila tengok gambar ni, Along teringatkan filem "Up" yang kita tengok sama-sama di ruang tamu dekat rumah. Sahlan la yang beria-ia nak tengok. Along pun tengoklah jugak, tapi sambil tersengguk-sengguk di atas kerusi kelabu emak yang dah berzaman dalam keluarga kita. Hehe. Makanya, Along tak tahu pun sebenarnya jalan ceritanya, tapi dalam sedar tak sedar tu, adegan rumah orang tua diterbangkan belon tu tercetak di minda luar sedar Along ;p Mungkin sebab belon-belon yang colourful dalam gambar di atas membuatkan Along (dan Along yakin korang juga) boleh relate dengan cerita tu. Kesimpulannya, sesi duduk berkumpul bersama keluarga adalah satu sesi yg sangat-sangat berharga. Tak kira la ada yang tidur ke, duduk-duduk saje ke, yang penting rasa KEBERSAMAAN. Aktiviti-aktiviti macam ni la yang mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Betul tak cakap Along? Kita jarang bersua kerana jarak dan masa, saat-saat bersama begini wajib kita hargai dan gunakan sebaiknya. Masa untuk recharge balik kasih sayang sesama kita :)

Lagi,apa yang Along fikirkan? Melihat belon-belon yang berterbangan itu, teringat zaman kecil-kecil. Dulu, kalau pergi pasar malam selalu tengok belon-belon yang diisi gas helium diikat pada sebatang kayu yg dipacak, bergera-gerak ditiup angin seolah-olah ingin lepas bebas. Selalu Along terfikir, kalau belon ini terlepas, sampai ke manakah ia akan terbang? Siapakah manusia bertuah yang bakal memiliki belon-belon itu? Selalu Along angan-angankan, kalaulah Along yang bertuah itu... pernah tak korang terfikir macam Along? Macam best kan, entah dari mana tiba-tiba datang belon-belon yang comel terbang turun ke arah kita :)

Dan bila terpandangkan kucing yang melekat di kaki budak tu, terus Along teringatkan kucing-kucing yang kita bela kat rumah. Terutamanya kucing-kucing kita yang sangat rapat dengan kita tapi Allah lebih sayangkan mereka. Teringat Alin yang setia, Jojo yang baik dan comel, Chiko yang manis. Betapa air mata kita pernah sama-sama menitis saat pemergian mereka. (Masih ingat adegan pelakon terbaik yang korang nobatkan pada Along? Mula-mula Along niat nak pura-pura menangis je masa korang rakam video lepas Alin mati tu, ended up Along menangis betul-betul dan kita semuapun bersedih) Tak lupa juga kucing-kucing yang masih setia menjadi penghibur kita sekeluarga - Dodi sang hero yang licik dan peramah, Comel yang gemuk gebu gerammmmnya, serta 3 beradik yang lincah itu. Banyak sungguh memori-memori yang kita kongsi bersama, yang bertambah manis lagi dengan kehadiran haiwan-haiwan comel anugerah Allah ini.

Demikianlah wahai adinda-adindaku, sekeping gambar yang menggamit seribu memori kita bersama. Moga Allah kurniakan kita semua peluang untuk terus sama-sama mencipta memori indah, berkongsi kehidupan dalam redhaNya, seterusnya sama-sama diizinkanNya untuk bersatu di syurgaNya kelak, insyaAllah. Hargailah keluarga kita. Hormati dan sayangi Mak dan Abah, yang kakak kasihilah adik, yang adik hormatilah kakak. Teruslah berkasih sayang hanya kerana Allah.

Buat Dikla, Dikmi, Awin dan Adik Sahlan, ketahuilah bahawa Along SAYANG kalian semua :)

Sebelum Along menoktahkan warkah ini, terimalah.....




Salam sayang dari kekandamu,
-ALONG-

Sunday, September 25, 2011

Sayonara JOJO dear ~


Sabtu lalu menyaksikan sebuah lagi kehilangan yang memilukan hati. Pemergian Jojo kesayangan yang baru berusia setahun lebih. Jojo yang gemuk, comel dan baik. Jojo yang kadang2 bila datang anginnya akan berkejar-kejaran dgn kami, mengiau-ngiau ke dalam bilik sewaktu kami sedang lena, datang mengacau dan menyendeng.

Allah bagi pinjam Jojo sekejap kpd kami sebelum Allah ambil kembali milikNya itu. Terima kasih Allah atas pinjamanMu yang sekejap itu tapi membahagiakan. Moga Kau gantikan yg lebih baik lagi buat kami. Dan moga Kau pertemukan kami dgn Jojo di syurga kelak, insyaAllah.

Jojo, we really love you and will surely miss you. *sobs sobs*

Friday, August 26, 2011

Alin, moga kita ketemu lagi...


Malam 27 Ramadhan 1431H menyaksikan pemergian kucing kesayangan yg tertua - ALIN.
Setelah lebih 12 tahun menabur bakti, menjadi sebahagian dari keluarga ini, akhirnya Allah menarik kembali salah satu nikmat yg dikurniakanNya kpd keluarga ini.

Alin yg menjadi induk kepada generasi-generasi kucing kami. Alin yg tika kecilnya nakal dan lasak, membesar menjadi peneman setia tika di dapur. Alin yang suaranya jarang-jarang di dengar, tapi sentiasa saja memberi respon saat di panggil. "Alin!" Ekornya akan bergerak-gerak menyahut panggilan itu, walau kepalanya memandang ke arah lain. Alin yg sangat sangat suka melompat naik ke kerusi meja makan, pantang saja melihat kami hendak menjamu selera. Alin yg suka duduk di tempat-tempat pelik. Alin yg sudah berusia tapi masih comel dengan mata hijaunya yang bulat bersinar itu. Alin.... Alin...

Saat-saat akhir kehidupannya menyaksikan seekor Alin yang hilang selera makan, lemah terjelepuk, sukar untuk berjalan lagi... Memang menyedihkan. Tapi apakan daya, inilah ketetapan Allah. Masa Alin yg telah dijanjikan telah tiba. Masa kita, bila-bila pun akan tiba. Mati itu pasti. Bersediakah kita?

May we meet again Alin in Jannah, insyaAllah. Allahumma amin...


Saturday, May 14, 2011

Kucing tua yg panjang umur

Percaya tak, kucing ni skrg berusia 24 tahun? Sebaya along tu!
Ia merupakan seekor kucing yang dimiliki oleh sebuah keluarga di Britain.
Tak pasti kesahihannya, tapi boleh jadi betul.

Sumber: http://lepak.my/blog/2011/03/10/gambar-menarik-kucing-paling-tua/

Help others, shall we?


“Dan hendaklah kamu bantu-membantu dalam berbuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam melakukan dosa (maksiat) dan pelanggaran”
(QS. Al-Maidah: 2).

Sunday, April 3, 2011

Learning starts with asking question


The first step in learning is to ASK QUESTION. Ask about everything. Look around your room and think. How electricity turns on?how the fan spins? Who controls the traffic light? So, ask about everything. As Allah's khalifah and best creature, we want to know everything as much as we can. Each time you ask question, it means you are thinking. Whatever you look,listen,smell, etc, you must ask qs.

Second step: Look for the answers. Where? So many places – parents, (mum, why’s the sun hot? Why’s the moon white?) teachers, friends, siblings, books. Reading opens your mind.

But some people are afraid to ask questions. Why? Because they are afraid in making mistakes. This is a wrong attitude! There is nothing wrong in asking questions. When we ask question it means we are thinking and Islam encourages us to think!

So, let us get our mind thinking! Asks questions and try to find the answers!

Adapted from Azra's Khalifah segment, IKIM.fm, sunday 6pm.