HOME SWEET HOME~

Sunday, May 24, 2009

Bismillah


Membaca Basmalah sebelum memulakan sesuatu kerja buat ibarat kita memberitahu Allah ;

"Ya Allah, aku nak basuh pinggan ni. Tolonglah aku Allah"


Kenapa basuh pinggan pun nak mintak tolong Allah? Sebab, kalau Allah tak tolong kita mungkin saja pinggan tu tiba2 terpecah dan tersiat kulit kita. Kemudain darah menderu2 keluar. Apa sahaja boleh berlaku kan. That's why la pergantungan terhadap Allah sgt diperlukan setiap saat kita bernafas.


Bismillah selalu ye...

Muhasabah lagi awak..

Quote of the day


A certain sumone I know said
Planning without action is aimless. Action without planning is endless

Do give it a thought ya!

Di Lorong yg Sunyi Itu


Anak kucing berbelang kuning putih itu sungguh menarik perhatianku berbanding dgn anak2 Chiko yg lain. Matanya yg bulat dan bulunya yg kembang mendorongku untk menggelarnya Comel. Ya, Comelku sayang. Dari situ tercetusnya ilham menamakan blog ini. Namun sayangnya, si comel ini membesar menjadi seekor kucing yg sakit dan berkurap. Mukanya menjadi cengkung dan panjang. Virus yg melanda kucing2 di rumah kami menjadi punca kematian beberapa ank kucing lain sprt Orak dan Chantek. Dan Comel, memang tidak comel langsung. Ironis sekali! Dan suatu hari, Comel menghilangkan diri. Missing in action. Dan andaian kami, pasti kucing yg semakin sakit ini sudah mati entah di mana. Biarlah. Mungkin itu yg terbaik buatnya dari ia menderita hidup begitu.


Pagi Sabtu menyaksikan kami sekeluarga menjadi tetamu di Masjid Jln Diary. Menyempurnakan Subuh berjemaah, diteruskan dgn menjamah hidangan rohani dlm Kuliah Subuh. Sejurus tamat, kami pulang mencari makanan untuk perut kami yg semakin rancak memainkan lagu. Beberapa bungkus nasi lemak dibeli. Abah membelokkn kereta ke kanan, menuju lorong yg menghala surau di rumah kami. Di celah2 rumah2 di kwsn itu terdapat satu lorong sempit yang semak dan kotor. Saat Charade Aura biru melintasi lorong tersebut, aku dikejutkan suara Dik Mi yg menjerit,“Eh, Comel!” Aku menoleh, tetapi kereta telah melepasi lorong itu. Maka, Abah pun berpatah balik. To make sure that the glimpse was really Comel. And yes! Duduk di atas kayu2 buruk, sedang menjilat bulu, a better looking Comel was waiting to be saved! Ya! Comel semakin sihat dan comel sprt dulu. Kata Abah, Comel bijak. Dia melarikan diri dari rumah bg mengelakkan terus dijangkiti virus…

Kini, Comel terus membesar menjadi lebih cantik dan comel dan manja. Dan sedang didukung emak sebagai teman bermain.

Saturday, May 23, 2009

typing..

Ye,memang tiada kaitan dgn makhluk2 comel itu. sekadar selingan. bosan jugak kalo memanjang pasal kucing je kan. it's way cooler to be able to share some other things as well. but again, sekadar selingan sahaja..

Ayuh menaip lebih pantas!!
Mine wasnt that gud...
40 perkataan

Speed test