HOME SWEET HOME~

Saturday, April 3, 2010

Sneak peak.


Maaf ye gambar tak clear sangat. Cameraman Sahlan kata ni gambar solarized (maksudnya ambil dalam gelap. Betul eh Sahlan? Mak yang cakap ni. Hehe.) Ni saje nak tunjuk gambar kiru dan anaknya. Haritu mintak awin mms gambar anak kucing, mak hantar yang ini. 2 ekor je nampak. Tapi geramnya tengok yang warna oren tu! Comel comel ^_^. Yang sebelah tu warna kelabu-kelabu. Mesti ni yang abah cakap macam kucing kita nama Comel dulu yang larikan diri tu. Kat belakang Kiru bawah almari tu? Haha, Alin pun ikut menyibuk tidur kat situ. Mana babies lain? Tak nampak langsung.

Friday, April 2, 2010

Chiko, in memory



Jumaat 2/4/2010 menyaksikan permergian kucing tersayang, Chiko yang telah kami bela lebih 5 tahun. Kalau jumaat lepas, kelahiran si anak-anak kucing menjadi berita gembira buat semua. Tapi jumaat kali ini membawa berita sedih dengan pemergian Chiko. Setelah menghidapi masalah hati, kabur penglihatan dan akhirnya buta, akhirnya Allah telah mengambil nyawanya. Berakhirlah segala seksa hidup di dunia.

Chiko merupakan kucing paling cantik yang pernah kitorang bela dan juga telah melahirkan generasi-generasi cantik dan comel seperti Comel dan Chikoma. Oleh sebab dia ni cantik, rasanya dia ni boleh kata macam sombong sikitla. Tak mau sangat orang pegang-pegang dia. Dia ada mood sendiri. Nanti time dia rasa nak belaian kasih sayang manusia, mulalah dia mengendeng-ngendeng, bermanja-manja. Lepas tu, dia ni suka sangat basuh badan. Kerja dia duduk-duduk saja jilat bulu je. Sampai basah-basah bulunya. Chiko ni pun jenis cerewet. Makan memilih. Kalau tengah kucing-kucing semua berebut nak makan, dia takdenya nak pergi join. Bila yang lain dah habis makan barulah datang makan. Makan pulak takkannya lah atas surat khabar yang dah kotor-kotor dengan sisa makanan orang lain. Dia akan angkut ikan tu dan makan atas alas kaki. Memang pembersih. Chiko juga suka duduk tempat-tempat istimewa yang orang tak duduk. Lebih kurang Alin jugakla. Duduk atas meja, atas tv pun pernah! Oh, Chiko juga sekutu utama Dodi dalam aksi pencurian makanan di bawah tudung saji. Tapi Dodi selalu jadi tukang curi dan Chiko jadi tukang makan.

Despite everything, she's very adorable and we all love her. We'll miss you Chiko.

Takpela, kata orang, patah tumbuh hilang berganti. Walaupun yang menggantikannya takkan sama dengan yang telah pergi.

p/s: Binatang mati, berakhirlah kehidupan di dunia, tamatlah segala kesakitan dsb. Tapi manusia, mati bukan bererti segala-segalanya telah berakhir. Tapi mati merupakan satu fasa untuk kita ke alam yang kekal abadi. Kalau baik amal kita di dunia, insyaallah yang baik-baik menunggu kita di alam kubur dan alam akhirat nanti. Marilah mempersiapkan bekal kita untuk ke sana. Gunakan kesempatan yang ada ini sebaiknya. Ajal maut di tangan Tuhan. Entah bila hari kita, Allah saje yang tahu.

Allahummakhtim lanaa bil islaam, wakhtim lanaa bil imaan, wakhtim lanaa bihusnil khootimah

Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan islam, akhirilah hidup kami dengan membawa iman, akhirilah hidup kami dengan husnul khotimah

Ameen...

Thursday, April 1, 2010

Malu kucing anda tak berbaju?

Tahu tak, orang Jepun memang suka buat benda pelik-pelik. Terlebih pandai mungkin. Hari tu pergi Kinokuniya, ada satu section ni penuh dengan majalah Jepun tentang binatang peliharaan macam kucing, anjing dan arnab. Mereka pelik sebab buat benda pelik-pelik kat makhluk bernama binatang ni. Contohnya seperti di bawah:

Nampak benda kerinting hitam atas kepala kucing tu? Ha, itu dia punya rambut palsu. Siap ada jual kat jepun. Apesalla kucing nak pakai rambut palsu jadi macam manusia ni.

Pernah tengok kucing pakai baju? Segalanya ada kat Jepun. Bukan baju main-main. Baju betul-betul macam manusia pakai tu. Silalah tengok di bawah:

Ehem, I tengah meeting ni. Please, do not disturb!

Ini kucing sami buddha ke apa. Tapi pandai jugakkan kucing-kucing ni jadi model.

New kitties in da house!!

Jumaat 26/3 hari tu, 2 ekor ibu yang sarat bunting telah selamat melahirkan, masing-masing 4 ekor anak kucing. Nampak tak dalam gambar tu? Tapi yang dalam gambar ni belum cukup kourum lagi. Ni masa sedang melahirkan. Yang kelakarnya, dua-dua makcik ni - Alin dan Kiru, nak beranak sama-sama dalam satu kotak. Sukahati kome la. Akhirnya, anak-anak pun kongsi-kongsi la. Anakku, anakmu jua. Lagi-lagi si Kiru yang memang suka kidnap anak orang lain dan mengaku anak sendiri. Nasib baik Alin tak kisah. Muak dah kot jaga budak kecik ^_^