HOME SWEET HOME~

Wednesday, March 24, 2010

Bittaufiq wan najah

Sekarang ni sudah masuk musim exam. Penghuni-penghuni no 24 kebanyakannya akan berperang dengan exam. Oleh itu, semoga berjaya diucapkan kepada semua. Usaha sungguh-sungguh, banyakkan berdoa, kemudian tawakkal kepada Allah. Insyaallah, moga dapat yang terbaik!

Berikut adalah insan-insan yang sedang atau bakal berperang:

1)Sahlan : ujian bulan mac. (kan?)
Hari ni ada - Rabu, 24 Mac. Tak taula pula sampai bila.

2) Along: Final exams of the final - before graduating for good, insyaallah.
3 papers only - 29 mac, 7 & 8 april.

3) Dik/Kakmi: Final exam 2nd year
5 april - 13 april (kan?)

4) Dik/kakla: Final exam 2nd year
tak ingat bila ^^,


Marilah kita sama-sama mendoakan kejayaan bersama...
p/s: sila update ye tarikh exam masing-masing.

Tuesday, March 23, 2010

Birthdays in the house!

This March, two of our family members celebrate their birthdays:

1) Abah - 19th March 2010


Happy birthday Abah! We all love u so much! mmuah mmuah!!

2) Along comel - 23 March 2010 ( TODAY!!)



Happy birthday Along!! We'll buy you lots of presents ;)

Along's comment: Thank u adik-adikku atas kesudian untuk memberi hadiah best-best. Oh, and the card above is so true. I'm that!? Thank you lagi!! Mmuah mmuah. Love u all ~ Mak, Abah, Dikla, Dikmi, Awin & Adik Sahlan and not forgetting the cats at home!!

Monday, March 22, 2010

Akhlak mulia, semua orang suka...


Pagi tadi bukak radio ikim, ada seorang En Bakar tengah bercakap tentang isu pembuangan bayi. Ada beberapa perkara yang disebut boleh kita ambil iktibar - bukan tentang pembuangan bayi ni je tapi secara umumnya tentang akhlak.

Kata dia, Imam Ghazali ada sebut dalam kitab beliau Ihya' Ulumuddin, ada 4 perkara yang kita kena buat untuk mempunyai AKHLAK MULIA. Apa dia perkara-perkara tu?

1) Cari guru yang boleh mendidik kita


Guru yang kita yakin boleh bimbing kita mendekati Allah. Maksudnya jugak, kita kalau nak akhlak mulia, kenalah pergi cari ilmu. Marilah kita merajinkan diri mengikut emak pergi kuliah kat masjid mahupun surau mahupun di mana jua ^_^.

2) Pastikan kita mempunyai kawan-kawan yang boleh memperbaiki akhlak kita.


Kawan-kawan ni orang yang boleh kata hari-hari kita jumpa dan bergaul. Itu kalau kat sekolah. Ni kalau duduk asrama atau rumah sewa, hari-hari mengadap muka kawan, kerenah diorang dsb. Jadinya, pengaruh kawan ni boleh kata besar jugaklah dalam hidup seseorang. Kalau bergaul dengan kawan yang baik, insyaallah kita pun akan ada motivasi nak jadi baik. Kalau dapat kawan yang suka lagha-lagha, berhibur, dsb, sedikit sebanyak kita pun akan terpengaruh juga. Sebab itulah untuk berakhlak mulia, pentingnya kita bergaul dengan kawan-kawan yang baik. Kawan yang baik ni ibarat cermin. Apa fungsi cermin? Bila kita duduk depan cermin, kita nampak lah kekurangan yang ada - tudung sengetlah, muka berjerawat, bedak tak serata. Kenapa kawan yg baik macam cermin? Sebab bila kita bersama dia, dia akan nasihat kita, tegur kelemahan kita dan cuba perbetulkan kesilapan kita.

3) Bila tengok kelemahan dalam masyarakat, muhasabah balik dalam diri kita.


Maksudnya, bila kita tengok apa-apa masalah yang orang lain buat, kita check balik dengan diri kita sendiri, ada tak kita buat perkara tu. Contohnya, kita tengok ada orang ni banyak cakapnya tapi buat kerja tak pun. Ha, muhasabah balik, perangai kita pun macam tu ke? Jangan nampak salah orang je tapi cuba untuk elakkan buat salah tu. Jangan jadi macam pepatah orang melayu "Kuman di seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak." (Lebih kurang macam nilah pepatahnya, sila jgn guna dalam exam!)

4) No 4 apa? Tak sempat nak dengar pasal ada orang datang tiba-tiba masa tu. Siapa rajin tolong cari nombor 4 apa ye.

"Allahumma kama hassanta khalqi fahassin khuluqi"

Jom berakhlak mulia! Renung-renungkan dan selamat beramal!

p/s: apesalla susah sangat nak upload gambar ni. hmm..

Sunday, March 21, 2010

VERSUS

Peminat Hlovate? Mesti tahu kan dia dah keluar novel baru. Hari jumaat lalu telah mula dijual di Pesta Buku Antarabangsa kat PWTC. Dan, ehem, Along antara orang 1000 terawal yang membeli novel ni setelah berpusing-pusing PWTC ni dengan sesat-sesatnya. So dapatlah notebook yang covernya dilukis oleh Hlovate sendiri. Yay.

Sebenarnya, dah pernah baca cerita ni masa blog version dulu. Memang ada lain sikitla between blog and print version. Semalam habis baca, rasanya baru faham kenapa tajuk dia Versus. Versus atau vs - pertentangan. Basically, novel ni menceritakan pertentangan yang berlaku dalam diri seseorang. Good vs bad. Ikut perintah Allah vs ikut hawa nafsu. Macam mana nak berubah jadi baik tu memang susah, tapi kita kena lawan rasa susah tu untuk mencapai redha Allah. Bak kata Hlovate, hidup dan masa muda hanya sekali. Sanggup nak sia-siakan tanpa redha Allah?

Kalau orang yang memang minat habis dengan novel-novel Hlovate yang lain macam Aa + Bb atau 5 Tahun 5 Bulan, tak boleh nak samakan yang itu dengan Versus ni. Lain. Kalau yang dua itu santai sikit isinya, Versus pun masih santai cuma lebih berisi dan padat. Banyak ilmu dan peringatan yang diselitkan yang memang banyak kena batang hidung. Jadinya kalau baca novel ni, jangan skip part-part tazkirah tu. Paksa diri baca walaupun rasa macam tak best ke, bosan ke apa. Sebab memang bagus untuk jiwa. Tak la kita baca novel kosong buang masa je. At least ada peringatan dan nasihat yang kita dapat.

Overall, Hlovate adalah Hlovate. Gaya penceritaan sama, outline cerita pun lebih kurang sama, tapi tetap best! Baca dan berfikir. Moga mendapat iktibar dan semangat untuk berubah.

Saturday, March 20, 2010

The early cat, gets the fish


Pagi-pagi hari itu, along dan awin berjalan kaki pergi mencari kuih untuk di buat sarapan. Jalan punya jalan, we were greeted with a cute sight outside a fish shop.

Look.
Cuba bilang, ada berapa ekor binatang comel yang sedang menunggu habuan dengan sabar?

Lokasi: Taman Koperasi Polis Fasa 1

Moral of the story: Kucing pun cari rezeki pagi-pagi. Manusia apatah lagi. Jangan TIDUR lepas subuh! Mewarisi kepapaan.

Jawapan: 8 ekor

Tuesday, March 16, 2010

Sorok-sorok


1...2....3...4....5...

Jom main sorok-sorok. Saya kira, kamu menyorok, saya cari kamu!
Ohoho, mari kita melihat kerenah 2 beradik ini. Ayuh dong!

Lokasi: Mahallah Nusaibah, Belakang blok F, UIA.


A:Boleh nampak saya?

B:Kamu di mana? Belakang pokok pun takde.

B:Ala, kacau daun la pokok-pokok ni. Susah nak cari macam ni.

B:Ok, target dikesan.

B: Bersedia untuk memberi kejutan. Yow!!

A &B:Mission accomplished! Mari bermain dong!

p/s:Memandangkan kucing-kucing ini tidak bernama, jadi nama mereka A dan B jela.

Moral of the story: Wahai adik beradikku, marilah kita hidup harmoni penuh kasih sayang ye. Jangan gaduh-gaduh. Yang tua kasihi yang muda, yang muda hormati yang tua.

Mari membasuh kain!



Suatu hari yang hening, seorang manusia keluar dari biliknya dengan hasrat untuk membasuh kain bajunya yang bertimbun-timbun. Walau bagaimanapun (eh jauh ke dekat ye?), satu kejutan oren sedang menantinya. Jeng jeng jeng...




EH?! Bila masa saya pakai baju oren ni?

Elok je binatang oren ni melingkar dalam baldi orang. Agaknya dah lama teringin nak dimandikan kot. Maklumlah, sejak lahir belum pernah merasa kenikmatan mandi pakai syampu Whiskas ke apa. Pakai mandian jenama Breeze pun bolehlah! ^_^

Mari kita saksikan the culprit's face. Habis tau baju dalam baldi lekat bulu !

Pandangan tajam dan menusuk. "cepat mandikan saya!"
COMEL kan!!



Inilah dia kucing oren yang mendiami UIA. Dulu dia selalu jalan-jalan keliling bilik orang. Tapi sekarang tak lagi. Sebab dia dah menjadi penunggu setia di tangga on the way nak ke kelas bersama dengan kawan tompoknya yang comel jugak!

Sekian saja kali ini. Tata dari si oren busuk ini!