HOME SWEET HOME~

Monday, March 22, 2010

Akhlak mulia, semua orang suka...


Pagi tadi bukak radio ikim, ada seorang En Bakar tengah bercakap tentang isu pembuangan bayi. Ada beberapa perkara yang disebut boleh kita ambil iktibar - bukan tentang pembuangan bayi ni je tapi secara umumnya tentang akhlak.

Kata dia, Imam Ghazali ada sebut dalam kitab beliau Ihya' Ulumuddin, ada 4 perkara yang kita kena buat untuk mempunyai AKHLAK MULIA. Apa dia perkara-perkara tu?

1) Cari guru yang boleh mendidik kita


Guru yang kita yakin boleh bimbing kita mendekati Allah. Maksudnya jugak, kita kalau nak akhlak mulia, kenalah pergi cari ilmu. Marilah kita merajinkan diri mengikut emak pergi kuliah kat masjid mahupun surau mahupun di mana jua ^_^.

2) Pastikan kita mempunyai kawan-kawan yang boleh memperbaiki akhlak kita.


Kawan-kawan ni orang yang boleh kata hari-hari kita jumpa dan bergaul. Itu kalau kat sekolah. Ni kalau duduk asrama atau rumah sewa, hari-hari mengadap muka kawan, kerenah diorang dsb. Jadinya, pengaruh kawan ni boleh kata besar jugaklah dalam hidup seseorang. Kalau bergaul dengan kawan yang baik, insyaallah kita pun akan ada motivasi nak jadi baik. Kalau dapat kawan yang suka lagha-lagha, berhibur, dsb, sedikit sebanyak kita pun akan terpengaruh juga. Sebab itulah untuk berakhlak mulia, pentingnya kita bergaul dengan kawan-kawan yang baik. Kawan yang baik ni ibarat cermin. Apa fungsi cermin? Bila kita duduk depan cermin, kita nampak lah kekurangan yang ada - tudung sengetlah, muka berjerawat, bedak tak serata. Kenapa kawan yg baik macam cermin? Sebab bila kita bersama dia, dia akan nasihat kita, tegur kelemahan kita dan cuba perbetulkan kesilapan kita.

3) Bila tengok kelemahan dalam masyarakat, muhasabah balik dalam diri kita.


Maksudnya, bila kita tengok apa-apa masalah yang orang lain buat, kita check balik dengan diri kita sendiri, ada tak kita buat perkara tu. Contohnya, kita tengok ada orang ni banyak cakapnya tapi buat kerja tak pun. Ha, muhasabah balik, perangai kita pun macam tu ke? Jangan nampak salah orang je tapi cuba untuk elakkan buat salah tu. Jangan jadi macam pepatah orang melayu "Kuman di seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak." (Lebih kurang macam nilah pepatahnya, sila jgn guna dalam exam!)

4) No 4 apa? Tak sempat nak dengar pasal ada orang datang tiba-tiba masa tu. Siapa rajin tolong cari nombor 4 apa ye.

"Allahumma kama hassanta khalqi fahassin khuluqi"

Jom berakhlak mulia! Renung-renungkan dan selamat beramal!

p/s: apesalla susah sangat nak upload gambar ni. hmm..

No comments: