HOME SWEET HOME~

Friday, October 23, 2009

Background baru..

1. Comel kan.

2 Sesiapa yang ada masa bolehlah mengemaskini blog ini. Terutamanya kepada Cik Zawin yang sudah selesai PMR itu. Bolehlah berlatih bercerita dalam bahasa melayu. Yang penting, jangan guna bahasa SMS yang tahape-hape tu.
Contoh: pown = pun
manew = mana
camniey = macam ini

Sahlan juga boleh menulis di sini. Ayuh meriahkan blog ini. Jangan asyik nak edit gambar sahaja (khas utk awin.haha).

Wednesday, September 30, 2009

Memperkenalkan.........KIRU


Ini Kiru. Dia merupakan kucing kesayangan emak walaupun dia tidaklah cantik pun. Mukanya macam kucing kampung biasa saja walaupun dia ada keturunan parsi di sebelah ibunya. Dia sangat manja dan mengada-ngada. Kalau mood dia sedang ingin bermanja, dia akan mengekori manusia kemana-mana saja sampai kita pun rasa rimas. Tapi dia bolehla dikategorikan sebagai kucing yang baik dan nakal. Mungkin sebab dia masih muda remaja walaupun sudah mempunyai 3 ekor anak.

This is the lovely lady~

Sungguh comel dan cantik kan kucing ini. Sangat bergaya.
She's big. bold and beautiful.
Comel, comel, comel!!
Comelnyaaaaaaaaaaaaa!!!!!!

Friday, September 25, 2009

I am soooooooo in LOVE with....

CHIKOMA

She is my new sister who is ever so cute. She is an ugly duckling turning into a swan. A very beautiful swan.
This is the ugly duckling. I'll upload the beautiful swan later.

haish~ cannot upload anythg la..later la jugak

Thursday, August 27, 2009

Wednesday, August 12, 2009

Worry List

Mama Lin: anak2 semua,tahukah kamu apa itu worry list?
Chiko: amboi, malin dah pandai speaking la pulak.
Dodi: Apa itu? senarai risau ke mak?
Mama Lin: Betulla tu Dodi. tapi lebih tepat lagi, worry list ni maksudnya senarai yang perlu dirisaukan. faham tak?
Kiru: Kiru rasa kiru tau la mak amende worry list tu.
Mama Lin: ha,cuba kiru bagi contoh.
Kiru: Ni dia worry list saya
  • Menyusukan baby baru :)
  • Lari dari Chiko n Comel bila nampak mereka :(
  • Memandikan anak2 dan diri sendiri
  • Mencari makan
Mama Lin: Excellent Kiru!!
Comel: Owh,kiranya ala2 "to do list" la ye tok?
Mama Lin: betul2. contoh worry list kak awin:
  • Trial Maths
  • Iron baju skolah
  • Panas lauk
  • Home work BI
  • homework sejarah
Dodi: oooh,barula eden paham. OK lah,dodi pun banyak senarai dlm worry list nk kena settle nih. Yang pertama, kejar si kuning kurap!!!!

Smile

Udah lama Dodi tidak menulis di sini.
Makanya,hari ni, Dodi mau mengajak semua untuk


SENYUM SMILE IBTISAM :) :p :D

Tuan Asilah,Aimi,Zawin dan Sahlan
Kalo gi sekolah tu senyum2 la kat kawan..
Dodi pun suke tersenyum
Kalau stress pun senyumla..
Senyum kan sedeqah :)

p/s:ku punya kerje byk ni..doakn selesai semuanya ye...:)

Wednesday, July 15, 2009

Cats Enmities

Vicious. So i've heard. Chiko's showing her true colors. Hissing and scratching the poor, poor Kiru. Yes, Chiko's the scratchy type. but not to mention Comel too!! both join allies to send Kiru away, I guess. Kiru is in such a fit. Scared to go inside thru the front door since the naughty Chiko has taken the job as the door guard. at the sight of Kiru, she'll hiss and spat, sending the poor Kiru flying. Thus, she'll creep to the back door, mewing, hoping sumone gonna open the door for her. Poor Kiru.

And Comel too. She's supposed to be Kiru playmate. Though they're not siblings, they're almost like cousins..

Kiru being scaared will crept upstairs and do all her job on the bed..Later she will run away like Ateh Roi. I knew it..

*My own narration based on what i've heard from Emak..

Saturday, June 27, 2009

Chiko Junior

Welcome to the four members of Chiko Junior!! Here a peek to one of them..
let's vote for a name.

Sunday, May 24, 2009

Bismillah


Membaca Basmalah sebelum memulakan sesuatu kerja buat ibarat kita memberitahu Allah ;

"Ya Allah, aku nak basuh pinggan ni. Tolonglah aku Allah"


Kenapa basuh pinggan pun nak mintak tolong Allah? Sebab, kalau Allah tak tolong kita mungkin saja pinggan tu tiba2 terpecah dan tersiat kulit kita. Kemudain darah menderu2 keluar. Apa sahaja boleh berlaku kan. That's why la pergantungan terhadap Allah sgt diperlukan setiap saat kita bernafas.


Bismillah selalu ye...

Muhasabah lagi awak..

Quote of the day


A certain sumone I know said
Planning without action is aimless. Action without planning is endless

Do give it a thought ya!

Di Lorong yg Sunyi Itu


Anak kucing berbelang kuning putih itu sungguh menarik perhatianku berbanding dgn anak2 Chiko yg lain. Matanya yg bulat dan bulunya yg kembang mendorongku untk menggelarnya Comel. Ya, Comelku sayang. Dari situ tercetusnya ilham menamakan blog ini. Namun sayangnya, si comel ini membesar menjadi seekor kucing yg sakit dan berkurap. Mukanya menjadi cengkung dan panjang. Virus yg melanda kucing2 di rumah kami menjadi punca kematian beberapa ank kucing lain sprt Orak dan Chantek. Dan Comel, memang tidak comel langsung. Ironis sekali! Dan suatu hari, Comel menghilangkan diri. Missing in action. Dan andaian kami, pasti kucing yg semakin sakit ini sudah mati entah di mana. Biarlah. Mungkin itu yg terbaik buatnya dari ia menderita hidup begitu.


Pagi Sabtu menyaksikan kami sekeluarga menjadi tetamu di Masjid Jln Diary. Menyempurnakan Subuh berjemaah, diteruskan dgn menjamah hidangan rohani dlm Kuliah Subuh. Sejurus tamat, kami pulang mencari makanan untuk perut kami yg semakin rancak memainkan lagu. Beberapa bungkus nasi lemak dibeli. Abah membelokkn kereta ke kanan, menuju lorong yg menghala surau di rumah kami. Di celah2 rumah2 di kwsn itu terdapat satu lorong sempit yang semak dan kotor. Saat Charade Aura biru melintasi lorong tersebut, aku dikejutkan suara Dik Mi yg menjerit,“Eh, Comel!” Aku menoleh, tetapi kereta telah melepasi lorong itu. Maka, Abah pun berpatah balik. To make sure that the glimpse was really Comel. And yes! Duduk di atas kayu2 buruk, sedang menjilat bulu, a better looking Comel was waiting to be saved! Ya! Comel semakin sihat dan comel sprt dulu. Kata Abah, Comel bijak. Dia melarikan diri dari rumah bg mengelakkan terus dijangkiti virus…

Kini, Comel terus membesar menjadi lebih cantik dan comel dan manja. Dan sedang didukung emak sebagai teman bermain.

Saturday, May 23, 2009

typing..

Ye,memang tiada kaitan dgn makhluk2 comel itu. sekadar selingan. bosan jugak kalo memanjang pasal kucing je kan. it's way cooler to be able to share some other things as well. but again, sekadar selingan sahaja..

Ayuh menaip lebih pantas!!
Mine wasnt that gud...
40 perkataan

Speed test

Saturday, February 7, 2009

Kenapa kucing?

Cats DO help each other. What about us?


Kenapa ye kucing ini haiwan yg sangat istimewa di mata kami2 ini? Sebabnya, mcm2 yg kitorang dpt dr kucing:

1.Menenangkan
Sungguh! tak tipu! kalau tengah stress ke, kucing merupakan antara bhn penenang. Belai2 dia. Kira dapatla meredakan hati yg panas,resah gelisah.

2.Peneman di kala sunyi
Kalau rasa boring2, takde teman bersembang, memang kucingla menjadi regu berbual. Diorg pandai jugak respons tau. Sebab tula rumah kitorg sentiasa meriah. Agaknye jiran2 pun dah tak heran dah :p.

3.Boleh dibuli
Tapi ini bergantung kepada personaliti kucing tula. (jgn main2, kucing pun ada personaliti tau!) Kalau yg jenis menyombong tu,memang tak mau kat orang. Time dia rasa nak mengada-ngada baru dia datang. Tapi kalo jenis yg friendly, buat apa pun xpe. Tu yg best!!


Mulanya Tika Ini

Aktiviti bela-membela kucing ni seingat saya bermula ketika saya Darjah 4. Mak memang sangat sukakan kucing. Malahan, Atok dan Tokwan pun sama. Makanya, genetik sukakan kucing itu terus mengalir dan hasilnya kami adik-beradik juga sukakan kucing. Time mula2 bela kucing, baru pindah rumah baru. Kucing tu kucing 'merempat'. Suka datang cari makan. Nancy nama diberi. Memori dengan Nancy ni tak berapa nak ingat la.

Then kitorg pindah ke tmpt lain selama setahun sblm kembali balik. Bermula dari time ni la kitorg banyak meng'entertain' kucing2 merempat' berekor kontot. Satu family agaknya. Tapi time tu memang banyakla kucing2 tempatan yg kontot2 ni. Ada Tompok, Ning (bulunya kuning), Fatty. Kalau tak silap Tompok dan Ning ni memang asalnya sudah jinak. Tapi Fatty istimewa sikit. Dia asalnya kucing liar yg takutkan orang. Masa first2 nampak dia,kitorg terus terpikat. Maka bermulalah misi menjinakkan dia. kitorg gi cari dia kat belakang2 rumah orang dan akhirnya berjaya lah misi kami!!

Teringat lagi, time nak bagi makan, mesti duduk kat luar rumah panggil2 nama diorg. Terkedek2la berlari kucing2 itu menantikan hidangan. :)

p/s: kucing2 merempat ni sebenarnya samseng2 kampung. sekarang dah xde dah...

Kerana kucing2ku...



Ya, ini bukan blog tentang saya. Tapi tentang kucing-kucing saya. Thanks to my ever-supportive friend (awakla!) for her great idea, now i'm blogging. Tadi rasanya berbakul2 idea datang. Tapi bila sudah mula menaip, beku pula rasanya otak ini (awak,kena tolong kita!!).

Anyway, i don't feel like writing about me or anyone else or even anything else (maybe not yet), but I DO wanna write about the whole bunch of my cats ^_^. Thinking about it now, I want the memories of my cats remain....Sayang pula rasanya kalau kerenah2 mereka tidak di"documented"kan.


Why cats?
  • becoz my mum like cats
  • becoz my dad also like cats
  • becoz my sisters are obssesed with cats
  • becoz my litle brother makes cats as his friends
  • becoz I also like cats
  • plus, my granma, granpa, aunts and cousins are also cats' fans!!

    This might bore you, but please, do bear with it...

    Happy Cat Reading!!