HOME SWEET HOME~

Saturday, February 7, 2009

Mulanya Tika Ini

Aktiviti bela-membela kucing ni seingat saya bermula ketika saya Darjah 4. Mak memang sangat sukakan kucing. Malahan, Atok dan Tokwan pun sama. Makanya, genetik sukakan kucing itu terus mengalir dan hasilnya kami adik-beradik juga sukakan kucing. Time mula2 bela kucing, baru pindah rumah baru. Kucing tu kucing 'merempat'. Suka datang cari makan. Nancy nama diberi. Memori dengan Nancy ni tak berapa nak ingat la.

Then kitorg pindah ke tmpt lain selama setahun sblm kembali balik. Bermula dari time ni la kitorg banyak meng'entertain' kucing2 merempat' berekor kontot. Satu family agaknya. Tapi time tu memang banyakla kucing2 tempatan yg kontot2 ni. Ada Tompok, Ning (bulunya kuning), Fatty. Kalau tak silap Tompok dan Ning ni memang asalnya sudah jinak. Tapi Fatty istimewa sikit. Dia asalnya kucing liar yg takutkan orang. Masa first2 nampak dia,kitorg terus terpikat. Maka bermulalah misi menjinakkan dia. kitorg gi cari dia kat belakang2 rumah orang dan akhirnya berjaya lah misi kami!!

Teringat lagi, time nak bagi makan, mesti duduk kat luar rumah panggil2 nama diorg. Terkedek2la berlari kucing2 itu menantikan hidangan. :)

p/s: kucing2 merempat ni sebenarnya samseng2 kampung. sekarang dah xde dah...

No comments: