HOME SWEET HOME~

Saturday, February 7, 2009

Kenapa kucing?

Cats DO help each other. What about us?


Kenapa ye kucing ini haiwan yg sangat istimewa di mata kami2 ini? Sebabnya, mcm2 yg kitorang dpt dr kucing:

1.Menenangkan
Sungguh! tak tipu! kalau tengah stress ke, kucing merupakan antara bhn penenang. Belai2 dia. Kira dapatla meredakan hati yg panas,resah gelisah.

2.Peneman di kala sunyi
Kalau rasa boring2, takde teman bersembang, memang kucingla menjadi regu berbual. Diorg pandai jugak respons tau. Sebab tula rumah kitorg sentiasa meriah. Agaknye jiran2 pun dah tak heran dah :p.

3.Boleh dibuli
Tapi ini bergantung kepada personaliti kucing tula. (jgn main2, kucing pun ada personaliti tau!) Kalau yg jenis menyombong tu,memang tak mau kat orang. Time dia rasa nak mengada-ngada baru dia datang. Tapi kalo jenis yg friendly, buat apa pun xpe. Tu yg best!!


Mulanya Tika Ini

Aktiviti bela-membela kucing ni seingat saya bermula ketika saya Darjah 4. Mak memang sangat sukakan kucing. Malahan, Atok dan Tokwan pun sama. Makanya, genetik sukakan kucing itu terus mengalir dan hasilnya kami adik-beradik juga sukakan kucing. Time mula2 bela kucing, baru pindah rumah baru. Kucing tu kucing 'merempat'. Suka datang cari makan. Nancy nama diberi. Memori dengan Nancy ni tak berapa nak ingat la.

Then kitorg pindah ke tmpt lain selama setahun sblm kembali balik. Bermula dari time ni la kitorg banyak meng'entertain' kucing2 merempat' berekor kontot. Satu family agaknya. Tapi time tu memang banyakla kucing2 tempatan yg kontot2 ni. Ada Tompok, Ning (bulunya kuning), Fatty. Kalau tak silap Tompok dan Ning ni memang asalnya sudah jinak. Tapi Fatty istimewa sikit. Dia asalnya kucing liar yg takutkan orang. Masa first2 nampak dia,kitorg terus terpikat. Maka bermulalah misi menjinakkan dia. kitorg gi cari dia kat belakang2 rumah orang dan akhirnya berjaya lah misi kami!!

Teringat lagi, time nak bagi makan, mesti duduk kat luar rumah panggil2 nama diorg. Terkedek2la berlari kucing2 itu menantikan hidangan. :)

p/s: kucing2 merempat ni sebenarnya samseng2 kampung. sekarang dah xde dah...

Kerana kucing2ku...



Ya, ini bukan blog tentang saya. Tapi tentang kucing-kucing saya. Thanks to my ever-supportive friend (awakla!) for her great idea, now i'm blogging. Tadi rasanya berbakul2 idea datang. Tapi bila sudah mula menaip, beku pula rasanya otak ini (awak,kena tolong kita!!).

Anyway, i don't feel like writing about me or anyone else or even anything else (maybe not yet), but I DO wanna write about the whole bunch of my cats ^_^. Thinking about it now, I want the memories of my cats remain....Sayang pula rasanya kalau kerenah2 mereka tidak di"documented"kan.


Why cats?
  • becoz my mum like cats
  • becoz my dad also like cats
  • becoz my sisters are obssesed with cats
  • becoz my litle brother makes cats as his friends
  • becoz I also like cats
  • plus, my granma, granpa, aunts and cousins are also cats' fans!!

    This might bore you, but please, do bear with it...

    Happy Cat Reading!!