HOME SWEET HOME~

Sunday, November 21, 2010

Carrot cake favourite mak. Favourite kami jugak!

Kek carrot cheese Secret Recipe

Mesti ramai orang tahu Secret Recipe ada jual Carrot Cheese Cake kan? Atau brownie. Dulu itu memang mak punya favourite mak. Kalau pergi secret recipe mesti beli yg itu. Tapi sekarang mak dah dapat pengganti yg jauuuh lebih sedap dan harga pun murah! Memang yummy yummy la. Cheese dia yg paling sedap. Tak lain tak bukan carrot cheese cake yg dibuat oleh Makcik Ani kawan mak. Jeng jeng jeng......

Ini dia kek yg sedap tu! Siap ada kacang lagi. Kalau tak makcik ani letak hawaiian coconut tp kitorg xberapa minat. Kacang tu pun optional. Kalau takde kacang memang lebih sedap.

Yang paling bestnya cheese dia cover sampai tepi2 kek. Bukan kat atas je. That's why part tepi2 my favourite sebab boleh dapat cheese lebih ;p Cheese dia serious sedap!

Harga? sangat murah berbanding secret recipe. RM 60
Secret Recipe kalau the whole cake = RM 75
Size lebih kurang je. Kek Makcik Ani lebih segalanya - cheese lebih banyak sampai tepi, kek lebih lembut dan banyak isi, dan yg penting lebih sedap :)

Ahh,now i want to eat the cake.

Sunday, November 14, 2010

Ayam Goreng Special

Gambar hiasan jugak. Ala-ala ni la rupa ayam kita
Nak letak nama ayam goreng berempah macam xsesuai je pasal tak guna rempah apa pun. Yang penting bukan ayam goreng kunyit yang biasa tu.

Bahan-bahan:
Ayam bahagian isi
Garam dan kunyit secukup rasa
2 tangkai daun kari

Blend:
1 labu bawang besar
1 1/2 inci halia
2-3 biji cili kering

Cara-caranya:
1) Gaul ayam dengan kunyit dan garam.
2) Tuang bahan blend dan daun kari yang dah dicabut dari tangkai. Gaul,gaul, gaul.
3) Perap dulu. Pastu korang gi la masak benda lain dulu. Lagi lama perap lagi best.
4) Goreng. Mula-mula api besar tau. Masuk ayam dan cover kuali tu. (sila jgn takut dgn percikan minyak ;p)
5) Terbalikkan ayam.
6) Sederhanakan api. Terbalikkan lagi sekali. Goreng sampai masak.
7) Angkat ayam dan tapis. Dia punya serdak-serdak tu amik penapis kecik dan kaut.

Sila makan dgn berseleranya!
Dahla, laparla pulak. Nak pegi dinner tomyam mak + budu awin buat :)

Masak Lomak Pucuk Paku

Gambar hiasan *credits*

Lepas ni along nak letak entri resepi. Bolehla korang yang duk rumah sewa tu rujuk, yg nak curi-curi masak kat hostel pun boleh ;p. Along pun bolehla refresh sikit resepinya. Kalau tak asyik refer resepi je, letih jugak. Resepi emak yg simple-simple je ok. Menu hari ni masak lemak cili padi ye, tak tahula versi nogori 9 ke apa :D

Bahan:
4 ulas bawang merah*
7-8 biji cili padi*
1 inci kunyit hidup (lebih pun xpe)*
*Sila blend semua bahan ni
Ikan bilis segenggam
1 biji santan
1 ikat pucuk paku

Cara-caranya:
1) Mula2 masukkan 2 cawan air dalam periuk beserta ikan bilis. Sesambil tu kome pegila blend bahan2 blend tu.
2) Lepas tu bolehla masukkan bahan blend tu. Kacau atas api sederhana.
3) Dah mendidih boleh masuk santan. Tambah air sikit kalau pekat. Jangan banyak sangat air, nanti cair sangat tak sedap.
4) Bila dah masuk santan kena selalu kacau. Lambung-lambung kuah tu nak elak santan tu berketul.
5) Mendidih boleh masuk garam. Agak-agakla ye rasanya.
6) Masukkan batang sayur.
7) Masukkan daun sayur. Kacau sekejap je terus tutup api. Takmau la sayur tu layu sampai hilang zat kan.

Tadaa~ dah siap satu masakan.

Saturday, November 13, 2010

Bunga-bunga comel

Tahu tak, ini antara gambar kegemaran Along yang dah berbulan-bulan jadi wallpaper handphone. Cameraman nya emak. Suka gambar ni sebab nampak macam comel tengah duduk di tengah-tengah taman bunga. Yela, cadar bunga-bunga, dinding pun sama. Nampak sungguh keperempuanan ^_^

Posto, posto hadiah dialog tiga hati

Semalam lepas hantar Sahlan mengaji, tergerak hati nak menjenguk peti surat. Tadi macam dengar posmen datang. Akhirnya..yang ditunggu telah tiba :)

Ingat tak contest dialog tiga hati yg along join kat nurulism.com tu? Memang tak menang. Tapi dapat saguhati pun sudah best ok. Jom tengok dapat hadiah apa.


Guna pos ekspres ye. Tak mainla pos yang makan masa 3 hari tu.


Mula-mula tengok ada poskad sekeping.


Keep reading nurulism.com ye:)

Nilah hadiah kemuncaknya. Fridge magnet yg bernilai RM24.

Excited ok dapat hadiah walaupun saguhati. Maklumlah ye, first time join contest blog ni. Ni yg semangat nak join lagi ni!

Thursday, November 11, 2010

Pelampau!

Cuba teka kat mana Alin tengah tidur dengan sangat lenanya?



Jawapan: dalam loyang buat kek yang baru beli. kucing ni memang melampau kan?!

Wednesday, November 10, 2010

4 bersaudara


Memandangkan banyak gambak dah di transfer dari handphone, bolehla buat entri bergambar banyak-banyak :)

Mari mulakan dengan kisah anak2 Kiru yg lain. asalnya kan ada 4 ekor termasuk joy dan maru. Tapi lagi 2 ekor dah berhijrah ke rumah atok di kl. tak tahula apa cerita diorang sekarang. jomla kita tengok gambar yang sempat diambil saat mereka masih bersama.


Ok,nampak tak ada 4 ekor? Yang oren dan tompok hitam dah jadi orang KL.


Pelukan kasih sayang <3>

Tompok sibuk nak bergambar. Shuh shuh pergi sambung tidur.


Favourite pic! Sangat adorable mereka tidur dalam selimut berpelukan.
Ni time dah sampai kat rumah atok. Sweet je kan :)