HOME SWEET HOME~

Sunday, November 14, 2010

Masak Lomak Pucuk Paku

Gambar hiasan *credits*

Lepas ni along nak letak entri resepi. Bolehla korang yang duk rumah sewa tu rujuk, yg nak curi-curi masak kat hostel pun boleh ;p. Along pun bolehla refresh sikit resepinya. Kalau tak asyik refer resepi je, letih jugak. Resepi emak yg simple-simple je ok. Menu hari ni masak lemak cili padi ye, tak tahula versi nogori 9 ke apa :D

Bahan:
4 ulas bawang merah*
7-8 biji cili padi*
1 inci kunyit hidup (lebih pun xpe)*
*Sila blend semua bahan ni
Ikan bilis segenggam
1 biji santan
1 ikat pucuk paku

Cara-caranya:
1) Mula2 masukkan 2 cawan air dalam periuk beserta ikan bilis. Sesambil tu kome pegila blend bahan2 blend tu.
2) Lepas tu bolehla masukkan bahan blend tu. Kacau atas api sederhana.
3) Dah mendidih boleh masuk santan. Tambah air sikit kalau pekat. Jangan banyak sangat air, nanti cair sangat tak sedap.
4) Bila dah masuk santan kena selalu kacau. Lambung-lambung kuah tu nak elak santan tu berketul.
5) Mendidih boleh masuk garam. Agak-agakla ye rasanya.
6) Masukkan batang sayur.
7) Masukkan daun sayur. Kacau sekejap je terus tutup api. Takmau la sayur tu layu sampai hilang zat kan.

Tadaa~ dah siap satu masakan.

No comments: