HOME SWEET HOME~

Sunday, June 27, 2010

Di sebalik sebuah nama

Jom kita menjejak sejarah bagi mengetahui apa ada di sebalik nama-nama kucing di rumah ni.

ALIN

Kenapa Alin? Macam nama orang je kan. Kisahnya macam ni. Dekat hidung Alin ada satu tompok hitam yang kelihatan macam misai Charlie Chaplin. Ala, pak lawak mat saleh zaman dulu-dulu tu. Maka, jadilah nama kucing tersebut Chaplin. Tapi pasal panjang sangat, lekatlah nama Alin sampai sekarang.

DODI

Bila sebut nama Dodi, ada terbayangkan sesiapa tak? Nama Dodi ni, kalau tak silap la kan, sempena nama Dodi Al Fayed yang kaya tu. Dulu Dodi ni masa kecil kitorang bagi dekat kawan mak. Sepasang. Jadi makcik tu la yg bagi nama dia Dodi. Si pasangannya nama Diana. Lepas tu, satu hari tu mak pinjam Dodi untuk disusukan oleh Alin. Akhir sekali, makcik tu suruh kitorang bela terus pasal pasangannya si Dodi ni sudah meninggalkan dunia. Jadilah Dodi hero kat rumah ni.

COMEL

Kalau si Comel ni senang jela kan nak tau kenapa nama dia macam ni. Tak perlu cerita panjang lah ye. Sebab dia memang comel!

KIRU

Sebenarnya, nama Kiru ni berasal dari perkataan 'keliru' yang bererti confuse. Sebab apa keliru? Sebab dulu, kitorang keliru samaada si Kiru ni berjantina jantan atau betina. Rupanya betina si Kiru ni. Jadilah Kiru yg mengelirukan.


Begitulah kisahnya bagaimana kucing-kucing yang ada di rumah ni mendapat nama. Kamu semua, kalau ada mana-mana yang tak betul, silalah maklumkan ye. Bolehla diperbetulkan demi menyampaikan sebuah sejarah yang soheh dan tepat lagi jitu.

Random

:: Sekarang kucing-kucing kelaparan pasal ikan takde. Dodi duduk je kat dapur. Tapi hampa. Kesiaann. Ikan mahal la skrg. Sila lah makan friskies tu, ok? ::

:: Ada makhluk baru mula nak berkunjung ke rumah. Mula2 nama dia Johnny. Skrg dah jadi Jenny. Jenny, sila jgn jadi friendly sangat. Nanti jenuhla nak samak Comel. Hehe. ::

:: Si kelabu kat rumah atok sangat aktif dan manja. Nanti tetiba je dia akan datang duduk kat kaki, sandar-sandar, cari port selesa, lepas tu...tidur. ::

:: Comel yang manis nampaknya skrg semakin manja dan sangat playful. Suka sangat dia main kejar-kejar dengan tuan kegemaran dia iaitu EMAK. ::

Thursday, June 17, 2010

Kalaulah kucing kita sebijak ini...

Amaran: Sila jgn tonton video ni saat anda sedang menjamu selera




Komen: Kan bagus kalau Alin dan Kiru pandai macam kucing ni. Tak perlulah melepas tak tentu hala. Tak payah susah2 nak basuh, flush je. Lagi bagus kalau kucing ni pandai flush. Hehe.

8-7=1

Sekarang populasi anak kucing kat rumah dah menurun dari 8 kepada hanya 1. 1 je yang tinggal. Mana yg lain menghilang?

Yang warna macam Alin tu mati lepas patah kaki.
Yang warna kelabu tompok tu mati tiba2. Hidung tersumbat kot.
Yang warna kelabu gemuk tu Atok bela.
Yang warna kelabu lagi satu mati lepas sakit mata sampai tersembul biji mata.
Yang tompok tu sekor hilang kat KL.
Yang tompok lagi satu pulak mati dgn si kelabu belang2.
Yang warna putih pun baru jugak mati kemarin.

Yang tinggal hanyalah si Oren pekat tu. Tu pun mata sakit sikit2, pastu macam lemah tak lalu makan.

Yang paling jelas, rutin basuh luar pun dah takde pasal mereka semua pun dah takde.

Tuesday, June 15, 2010

Maksud meow-meow si kucing


Tahu tak, kucing ada lebih 30 jenis variasi bunyi meow. Banyak kan?! Bila lapar, nada meow dia lain, bila marah lain, bila nak attention lain pulak. Bagi pembela-pembela kucing, mungkin dapat bezakan bunyi-bunyi ni. Tapi bagi yg tak familiar dgn kucing, mesti rasa bunyi kucing ni sama je nada dia. Kan?

Menurut website http://www.our-happy-cat.com/cat-meowing.html

Cats sounds can be broken down into three broad groups.
  • Murmurs: made with the mouth closed.
  • Vowel patterns: made as the mouth is closing ie meow.
  • Loud intense sounds: made with the mouth open.
Menurut website itu lagi, berikut adalah bunyi2 biasa yg kucing keluarkan beserta dgn maksudnya. Kiranya, deme bercakap dgn kita guna cara meow-meow ni la..

  • he general Meow - attention seeking used to communicate with owners or with kittens.
  • The Chatter – excitement or frustration, often seen when they are looking at birds through a window and can’t get at them. (involves rapid jaw movements).
  • The Growl - warns others to stay away.
  • The Mew (of kittens) – used to attract mothers attention usually when they are hungry or cold.
  • The Hiss – is used as a threat to other cats usually, can also be a sign of fear.
  • The Caterwaul – used when looking for a mate.
  • The Purr – a sign of contentment and relaxation, but also used to comfort itself if in pain.
  • The Scream – used when in pain or distressed, don’t tread on that tail again!
  • The Chirrup – this is a friendly sound, often used to greet other cats or their owners.
Ada faham sekarang?

Tapi kan, kalau Kiru yang berbunyi, taktaulah nak interpret sebagai apa. Sebabnya, Kiru ni sangat annoying. Dah kenyang pun masih mengiau tak henti-henti.

Pengumuman, pengumuman

Ehem, ehem. Pengumuman penting ye. Harap ambil perhatian.

Dimaklumkan bahawa berkuatkuasa hari ini, sebuah blog milik Ummu Sahlan telah dilancarkan. Oleh itu, semua dijemput hadir untuk memeriahkan lagi blog tersebut, disamping berkongsi ilmu dan pendapat. Anda semua sangat-sangat dialu-alukan untuk meninggalkan jejak di http://www.zaujahabdul.blogspot.com/

Moga usaha Ummu S diberkati Allah.

Ameen...