HOME SWEET HOME~

Tuesday, December 7, 2010

Ayam masak asam pedas mak

Hari ni hari masak-masak sebab ketiga2 chef amatur turun ke dapur. Hehe. Hasilnya dapatlah ayam goreng rempah dan ayam masak asam pedas. Tak dilupakan cream puff hasil semangat chef Awin. Kenyang...alhamdulillah ^___^

AYAM MASAK ASAM PEDAS MAK

Bahan2:
Ayam bahagian tulang

Blend
4-6 bawang besar
6-8 bawang merah
1" halia
1-2" kunyit
12 biji cli kering
5 biji cili masak
1" belacan

Tumis
3 batang serai (diketuk)
2 tangkai daun kari
2 bawang putih (hiris)
4 bawang merah (hiris)

Lain-lain
1 kepal asam jawa + setengah mangkuk air
2-3 cawan air panas
1 bawang besar (belah 4)
1-2 tomato (belah 4)

Cara-caranya:
1) Tumis bahan2 tumis dlm 3 senduk minyak.
2) Dah garing, masukkan bahan2 yg dah di blend.
3) Kacau. Naik minyak, tambah air sikit. Kacau lagi. Biar naik minyak lagi.
4) Masukkan ayam. Gaul sampai mesra. Tunggu keluar air ayam. Kemudian boleh masukkan air panas. Biar ayam rebus sampai masak.
5) Masuk air asam jawa. Tambah air agak-agak nak kuah banyak mana.
6) Masuk garam secukup rasa.
7) Masuk bawang besar dan tomato yg dibelah 4.

Siap! Sila makan!
p/s: my 1st attempt on this recipe.
p/s 2: cream puff next!

4 comments:

Nur Qistina said...

wah! best. makin banyak resipi.. i like..=)

comel said...

tibe2 nanti jadi blog resepi pulak ;p kucing2 dah x jd topik hangat. awk ada resepi share la najat. spageti sedap tu ke..;p

Dr@imi said...

gambar mknn nye x de ke?rasa mcm byk nye korg tgkp gmbr hr tu!bubuh2la~br menarik!!!

comel~ said...

yg asam pedas xde la. tunggu cream puff ye.itupun kalo rajin