HOME SWEET HOME~

Saturday, November 5, 2011

Warkah buat adinda-adindaku

Entri ini adalah penyertaan bagi contest '10,000 interpretasi' di blog contengconteng .


Kehadapan adinda-adindaku yang disayangi,

Cuba lihat gambar di atas. Apa perkara pertama yg terlintas di fikiran korang tatkala melihat gambar tersebut? Along yakin dan pasti, bermacam-macam perkara kan bermain di fikiran korang. Meh Along berkongsi apa yang Along rasa. Lepas ni korang kongsi dengan Along pulak, ok.

Mari kita sama-sama menyelusuri lorong memori (baca:memory lane), mengimbau kenangan kita adik-beradik :)

Mula-mula bila tengok gambar ni, Along teringatkan filem "Up" yang kita tengok sama-sama di ruang tamu dekat rumah. Sahlan la yang beria-ia nak tengok. Along pun tengoklah jugak, tapi sambil tersengguk-sengguk di atas kerusi kelabu emak yang dah berzaman dalam keluarga kita. Hehe. Makanya, Along tak tahu pun sebenarnya jalan ceritanya, tapi dalam sedar tak sedar tu, adegan rumah orang tua diterbangkan belon tu tercetak di minda luar sedar Along ;p Mungkin sebab belon-belon yang colourful dalam gambar di atas membuatkan Along (dan Along yakin korang juga) boleh relate dengan cerita tu. Kesimpulannya, sesi duduk berkumpul bersama keluarga adalah satu sesi yg sangat-sangat berharga. Tak kira la ada yang tidur ke, duduk-duduk saje ke, yang penting rasa KEBERSAMAAN. Aktiviti-aktiviti macam ni la yang mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Betul tak cakap Along? Kita jarang bersua kerana jarak dan masa, saat-saat bersama begini wajib kita hargai dan gunakan sebaiknya. Masa untuk recharge balik kasih sayang sesama kita :)

Lagi,apa yang Along fikirkan? Melihat belon-belon yang berterbangan itu, teringat zaman kecil-kecil. Dulu, kalau pergi pasar malam selalu tengok belon-belon yang diisi gas helium diikat pada sebatang kayu yg dipacak, bergera-gerak ditiup angin seolah-olah ingin lepas bebas. Selalu Along terfikir, kalau belon ini terlepas, sampai ke manakah ia akan terbang? Siapakah manusia bertuah yang bakal memiliki belon-belon itu? Selalu Along angan-angankan, kalaulah Along yang bertuah itu... pernah tak korang terfikir macam Along? Macam best kan, entah dari mana tiba-tiba datang belon-belon yang comel terbang turun ke arah kita :)

Dan bila terpandangkan kucing yang melekat di kaki budak tu, terus Along teringatkan kucing-kucing yang kita bela kat rumah. Terutamanya kucing-kucing kita yang sangat rapat dengan kita tapi Allah lebih sayangkan mereka. Teringat Alin yang setia, Jojo yang baik dan comel, Chiko yang manis. Betapa air mata kita pernah sama-sama menitis saat pemergian mereka. (Masih ingat adegan pelakon terbaik yang korang nobatkan pada Along? Mula-mula Along niat nak pura-pura menangis je masa korang rakam video lepas Alin mati tu, ended up Along menangis betul-betul dan kita semuapun bersedih) Tak lupa juga kucing-kucing yang masih setia menjadi penghibur kita sekeluarga - Dodi sang hero yang licik dan peramah, Comel yang gemuk gebu gerammmmnya, serta 3 beradik yang lincah itu. Banyak sungguh memori-memori yang kita kongsi bersama, yang bertambah manis lagi dengan kehadiran haiwan-haiwan comel anugerah Allah ini.

Demikianlah wahai adinda-adindaku, sekeping gambar yang menggamit seribu memori kita bersama. Moga Allah kurniakan kita semua peluang untuk terus sama-sama mencipta memori indah, berkongsi kehidupan dalam redhaNya, seterusnya sama-sama diizinkanNya untuk bersatu di syurgaNya kelak, insyaAllah. Hargailah keluarga kita. Hormati dan sayangi Mak dan Abah, yang kakak kasihilah adik, yang adik hormatilah kakak. Teruslah berkasih sayang hanya kerana Allah.

Buat Dikla, Dikmi, Awin dan Adik Sahlan, ketahuilah bahawa Along SAYANG kalian semua :)

Sebelum Along menoktahkan warkah ini, terimalah.....




Salam sayang dari kekandamu,
-ALONG-

No comments: