HOME SWEET HOME~

Wednesday, May 26, 2010

Dodi Si Sungil

Sudahkah saya perkenalkan anda kepada DODI? Dodi merupakan satu-satunya jejaka di rumah ini. Oleh itu,dia memangla sangat mengada-ngada terutamanya dengan Emak. Kan emak kan? Mak cakap Dodi ni peramah sebab pantang ditegur, ada je yg dijawabnya. Hehe. Tapi, kalau dia dengar je suara Abah, "DODIIII!! OUT YOU!!", terus dia berlari keluar dari rumah. Tak berani lawan bos.

Akhir-akhir ni, suka beno Dodi melepak di rumah. Kalau dulu, dialah penghulu kampung. Kerjanya merayap je. Sekarang ni dah jadi penunggu setia di rumah pulak. Maklumlah, gigi pun dah luruh, kaki pulak tempang, dah tuaa.. Jomla tengok aksi manja tapi gedik, Dodi si sungil :))

Lihatlah wajahku yang hensem rupawan...


Terpesona tak melihat aksi saya yg menggoda ni??

Lena benor tidur, sampai terbengkok-bengkok badannya.

Dodi, harimau bersaiz kecil?

Itu baru aksi tidur atas tikar. Belum lagi yang atas meja, tempat favourite Mr Dodi. Atau kat tepi telefon tu ke. Nampak macam baik je kan gambar tengah tidur. Macam innocent je. Tapi itu hanyalah indah rupa dari perangainya. Pantang lepa, mulalah dodi yg kebulur menolak tudung saji kat atas meja tu demi mencuri lauk pauk.

Wednesday, May 5, 2010

iq test

IQ Test
Free-IQTest.net - IQ Test

silalah cuba :))

Monday, May 3, 2010

Hidangan Terrrlazat

Jom kita pergi jalan-jalan jamu mata, menikmati semangkuk anak kucing yang sanggup berhimpit-himpit tidur dalam mangkuk tempat mereka b***k. Comel, tapi pengotor benor la deme ni.

Cubaan ,cubaan



Cubaan gagalkah?Kalau dapat tengok,dapatla ye.

Cutey ducklings

Hari tu atok datang Ipoh dan beli beberapa ekor anak itik yg sangat comel dan kuning! Comel sungguh rasa nak picit-picit je!!

comel,yes?




kolam mandi sahlan dah jadi kolam itik.

Lepas ni boleh le bela itik ye. comel masa kecil, dah besar tak comel dah...mencomotkan rumah lagi ada...

Saturday, April 3, 2010

Sneak peak.


Maaf ye gambar tak clear sangat. Cameraman Sahlan kata ni gambar solarized (maksudnya ambil dalam gelap. Betul eh Sahlan? Mak yang cakap ni. Hehe.) Ni saje nak tunjuk gambar kiru dan anaknya. Haritu mintak awin mms gambar anak kucing, mak hantar yang ini. 2 ekor je nampak. Tapi geramnya tengok yang warna oren tu! Comel comel ^_^. Yang sebelah tu warna kelabu-kelabu. Mesti ni yang abah cakap macam kucing kita nama Comel dulu yang larikan diri tu. Kat belakang Kiru bawah almari tu? Haha, Alin pun ikut menyibuk tidur kat situ. Mana babies lain? Tak nampak langsung.

Friday, April 2, 2010

Chiko, in memory



Jumaat 2/4/2010 menyaksikan permergian kucing tersayang, Chiko yang telah kami bela lebih 5 tahun. Kalau jumaat lepas, kelahiran si anak-anak kucing menjadi berita gembira buat semua. Tapi jumaat kali ini membawa berita sedih dengan pemergian Chiko. Setelah menghidapi masalah hati, kabur penglihatan dan akhirnya buta, akhirnya Allah telah mengambil nyawanya. Berakhirlah segala seksa hidup di dunia.

Chiko merupakan kucing paling cantik yang pernah kitorang bela dan juga telah melahirkan generasi-generasi cantik dan comel seperti Comel dan Chikoma. Oleh sebab dia ni cantik, rasanya dia ni boleh kata macam sombong sikitla. Tak mau sangat orang pegang-pegang dia. Dia ada mood sendiri. Nanti time dia rasa nak belaian kasih sayang manusia, mulalah dia mengendeng-ngendeng, bermanja-manja. Lepas tu, dia ni suka sangat basuh badan. Kerja dia duduk-duduk saja jilat bulu je. Sampai basah-basah bulunya. Chiko ni pun jenis cerewet. Makan memilih. Kalau tengah kucing-kucing semua berebut nak makan, dia takdenya nak pergi join. Bila yang lain dah habis makan barulah datang makan. Makan pulak takkannya lah atas surat khabar yang dah kotor-kotor dengan sisa makanan orang lain. Dia akan angkut ikan tu dan makan atas alas kaki. Memang pembersih. Chiko juga suka duduk tempat-tempat istimewa yang orang tak duduk. Lebih kurang Alin jugakla. Duduk atas meja, atas tv pun pernah! Oh, Chiko juga sekutu utama Dodi dalam aksi pencurian makanan di bawah tudung saji. Tapi Dodi selalu jadi tukang curi dan Chiko jadi tukang makan.

Despite everything, she's very adorable and we all love her. We'll miss you Chiko.

Takpela, kata orang, patah tumbuh hilang berganti. Walaupun yang menggantikannya takkan sama dengan yang telah pergi.

p/s: Binatang mati, berakhirlah kehidupan di dunia, tamatlah segala kesakitan dsb. Tapi manusia, mati bukan bererti segala-segalanya telah berakhir. Tapi mati merupakan satu fasa untuk kita ke alam yang kekal abadi. Kalau baik amal kita di dunia, insyaallah yang baik-baik menunggu kita di alam kubur dan alam akhirat nanti. Marilah mempersiapkan bekal kita untuk ke sana. Gunakan kesempatan yang ada ini sebaiknya. Ajal maut di tangan Tuhan. Entah bila hari kita, Allah saje yang tahu.

Allahummakhtim lanaa bil islaam, wakhtim lanaa bil imaan, wakhtim lanaa bihusnil khootimah

Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan islam, akhirilah hidup kami dengan membawa iman, akhirilah hidup kami dengan husnul khotimah

Ameen...