HOME SWEET HOME~

Friday, September 17, 2010

Kisah Dodi dan Si Lori Oren

Ini lori oren yang entah dah berapa tahun usianya. Ini lori kepunyaan Sahlan masa zaman riang ria dulu. Ini lori oren yang banyak berjasa menghiburkan hati kami. Kenapa? Sebab lori nila yang duk angkut Dodi dan Kiru yang sungguhla pandai naik lori. Dulu masa deme kecik, lori tu kita boleh tarik-tarik supaya gerak. Tapi sekarang? Sekarang jom tengok Dodi yang dah besar bagak pun mahu tetap naik lori sebab nak seronokkan hati tuan punya pasal. Pandai Dodi!

Tengok, badan Dodi tak muat pun nak masuk. Menempel saja kat situ.





Close up wajah Dodi yang sedang bosan kot?

DODI BODI MEMANG SPORTING! THAT'S WHY MAK SAYANG <3<3

Saturday, August 28, 2010

Tumblr: pink godzillas!

Hoccay! Ini lagi satu blog Tumblr comel yang baru ditemui. Comel, comel dan comel lagi!! Jom layan...






Comel bukan? Please fulfill your cravings for such cuteness here at pink godzillas!.

Friday, August 27, 2010

Mak, Ummi, Mother.

Tumblr: jeans beans

Korang tahu tak pasal Tumblr? Kalau tak silap dia ni ala-ala blog tapi less words and more pics. Sometimes, pictures express better than words. Kan? I just got to know it and they were adorable! Banyak cute images yg sangat cute. Sangat suka jalan-jalan tengok Tumblr orang. Kira Tumblr-hopping la.

Oleh itu, harini along mahu letak beberapa images comel dari Tumblr, specifically from jeans beans .Gambar-gambar dia memang super comel!









Comel kan? For more, go and see for yourself at jeans beans

Lainkali kita cerita pasal tumblr lain pulak ye :)

Thursday, August 26, 2010

NURULISM.COM - CONTEST DIALOG TIGA HATI.

Lama sungguhkan blog ni sepi tak berupdate. Biasalah, along kan dah jadi busy lady. Tetapi, dalam sibuk-sibuk ni pun akhirnya satu entri tercipta nak masuk contest punya pasal. Awal-awal along bagitahu, ini bukan cerita kucing-kucing kita yang dah berganda tu. Itu kita cerita lain masa. Kali ini tolong ye bagi exception khas untuk contest ini.

Korang tahu kan along suka baca blog Puan Chika di


Sekonyong-konyongnya, sebuah pertandingan dianjurkan, maka Along pun mahulah mencuba nasib buat julung-julung kalinya. Jom tengok al-hasilnya:


Oh, tak nampak dialog tu sebab tulisan kecik sangat? Takpe, takpe. Jangan segak-segan klik gambar tu untuk paparan lebih menarik ye ;p
Sekian sahaja. Tujuan telah tercapai, kita tunggulah keputusannya. Doa-doala ye kot ada rezeki kucing-kucing kita ;p

p/s: Bulan 16 Ramadhan sangat cantik! Subhanallah. But on the other note, tak sampai separuh bulan lagi Ramadhan bakal melabuhkan tirainya. Sedihnya... Jom rebut peluang yang berbaki sehabis-habis rebut!

Sunday, June 27, 2010

Di sebalik sebuah nama

Jom kita menjejak sejarah bagi mengetahui apa ada di sebalik nama-nama kucing di rumah ni.

ALIN

Kenapa Alin? Macam nama orang je kan. Kisahnya macam ni. Dekat hidung Alin ada satu tompok hitam yang kelihatan macam misai Charlie Chaplin. Ala, pak lawak mat saleh zaman dulu-dulu tu. Maka, jadilah nama kucing tersebut Chaplin. Tapi pasal panjang sangat, lekatlah nama Alin sampai sekarang.

DODI

Bila sebut nama Dodi, ada terbayangkan sesiapa tak? Nama Dodi ni, kalau tak silap la kan, sempena nama Dodi Al Fayed yang kaya tu. Dulu Dodi ni masa kecil kitorang bagi dekat kawan mak. Sepasang. Jadi makcik tu la yg bagi nama dia Dodi. Si pasangannya nama Diana. Lepas tu, satu hari tu mak pinjam Dodi untuk disusukan oleh Alin. Akhir sekali, makcik tu suruh kitorang bela terus pasal pasangannya si Dodi ni sudah meninggalkan dunia. Jadilah Dodi hero kat rumah ni.

COMEL

Kalau si Comel ni senang jela kan nak tau kenapa nama dia macam ni. Tak perlu cerita panjang lah ye. Sebab dia memang comel!

KIRU

Sebenarnya, nama Kiru ni berasal dari perkataan 'keliru' yang bererti confuse. Sebab apa keliru? Sebab dulu, kitorang keliru samaada si Kiru ni berjantina jantan atau betina. Rupanya betina si Kiru ni. Jadilah Kiru yg mengelirukan.


Begitulah kisahnya bagaimana kucing-kucing yang ada di rumah ni mendapat nama. Kamu semua, kalau ada mana-mana yang tak betul, silalah maklumkan ye. Bolehla diperbetulkan demi menyampaikan sebuah sejarah yang soheh dan tepat lagi jitu.

Random

:: Sekarang kucing-kucing kelaparan pasal ikan takde. Dodi duduk je kat dapur. Tapi hampa. Kesiaann. Ikan mahal la skrg. Sila lah makan friskies tu, ok? ::

:: Ada makhluk baru mula nak berkunjung ke rumah. Mula2 nama dia Johnny. Skrg dah jadi Jenny. Jenny, sila jgn jadi friendly sangat. Nanti jenuhla nak samak Comel. Hehe. ::

:: Si kelabu kat rumah atok sangat aktif dan manja. Nanti tetiba je dia akan datang duduk kat kaki, sandar-sandar, cari port selesa, lepas tu...tidur. ::

:: Comel yang manis nampaknya skrg semakin manja dan sangat playful. Suka sangat dia main kejar-kejar dengan tuan kegemaran dia iaitu EMAK. ::