HOME SWEET HOME~

Sunday, February 14, 2010

Updates on the CATS


Salam~ Oleh kerana cik asilah suruh update blog ni, maka saya turuti kehendaknya. Malas sebenarnya sebab takde gambar-gambar yang menarik. Tapi takpela. Simpan sebagai kenangan ye segala updates ni. Dikla dan semua, jangan lupa bagi komen banyak-banyak sikit. Penat ni along perah otak mencari cerita -_-'. Jom!

1) Chiko yang comel dan cantik menawan, yang juga merupakan emak kepada Comel sudah buta. Sedihkan. Kesian dia. Mata dia macam ada selaput. Rasanya sejak dia sakit buah pinggang kena duduk kat klinik tu mata dia jadi macam tu. Jalan-jalan, terlanggar dinding, pagar, dsb. Lompat-lompat, jatuh. Rasanya, semua yang dia buat sekarang berdasarkan instinct dan habit je. Lagipun dia dah kenal rumah tu, kira dia boleh agak-agakla tempat yang nak dituju. Kesiannya Chiko T _T. Yang lagi kesiannya, hari tu tiba-tiba je dia beranak! Bila masa ntah dia bunting. Dahla tu, anak-anaknya semua tak jadi / tak cukup bulan. 6 ekor pulak tu. Tapi ada hikmahnya jadi macam tu. Kalaula anak-anak dia sempurna macam biasa, kan ke susah Chiko yang buta nak menjaganya.

2) Comel yang semakin cantik pula baru saja lepas operation. Eh, bukanlah baru sangat. Ada kot dekat sebulan. Hari tu, Comel ni beranak tapi songsang. Jadi kenalah bedah. Terus ikat bagi tak boleh bunting dah. Ini dah kali kedua dia beranak songsang. Kagum kucing pun kena bedah? Silalah kagum lagi bahawa banyak juga duit yang habis @_@. Tapi Comel ni tak duduk diam sungguh. Boleh tengah-tengah dalam pantang ni dia pergi panjat pokok kelapa. Sebelum ni lemah lembut je, kerja tidur dan basuh badan je. Ni lepas kena bedah, ligat semacam je. Dahla tu, susahhhhhhh sangat nak makan ubat!! Penat kejar dan tangkap dia, lepas tu dia luah balik ubat tu. Membazir je. Sekarang Comel dah sihat kot. Comel, berusaha menjadi lebih cantik ye!



3) Ingat tak Chikoma yang super comel tu? Nampaknya kucing atok tu dah hilang, mungkin buat selamanya. Orang curi kot. Kawasan rumah atok tu, pantang ada kucing comel je, selalu hilang. Chikoma dalam kenangan jela ye. Tapi atok dan tokwan awal-awal dulu, rindu jugak kat Chikoma. Maklumlah, si comel inilah yang duk teman mereka berdua tidur malam, makan, main. Nanti Kiru atau Alin beranak, kita bagilah sekor kucing pengganti Chikoma tau.

4) Kucing-kucing lain sihat walafiat je macam biasa. Alin, Kiru, Dodi. Takde cerita menarik buat tiga ekor ni.

Gambar Chikoma je yg ada dalam simpanan. Yang lain nggak ada dong. Itu jelah updates untuk kali ini. Teruskan bersama saya di masa dan hari yang lain! Ja-ne~

p/s: Sila bagi cadangan untuk posts seterusnya kalau ingin saya terus menulis di sini :)))

3 comments:

cLah said...

awat x update pasal dodi si kurap, dan adek baru yang kuat minum susu tuh..
hehe..
pasni..update pasal adek baru...
haa...update psl buku2 cte yg best pon mnrk gak...

Bintu and Zaujah AR said...

dodi si kurap bukan citer menariklah. adik baru citer sgt baru. jadi nnt la. buku cerita? oh boleh saja. nantikan ye.

Dr@imi said...

asyek x de gambo je nie..bubuh la gambar comel2 sket..tgkp gmbr!

nk promote blog kucen comel..comel gle!
nah..amek
http://sabrina-passionforpersians.blogspot.com/
ada byk lg..tapi..malas la bnyk2..muehehe