Ages since a new post appeared.
Just to update on some of our news.
As everyone know (my family shud at least know!), Alin's generation is coming to an end. Only Momot and Comel left now and they have no off springs for us. Comel is getting older. Kerja nya tidur je especially atas meja emak. Ekor yang dulu agak bushy tu pun dah semakin pendek. Habis bulunya entah ke mana. Basuh badan gigih sangat ekor. Momot is getting fatter and heavier by the day. Masih bersemangat dan selalu bergaduh dengan kucing merempat gergasi tu. Jadi, Momot selalu cedera dan luka - luka. Sian Momot.
Momot yang hensem dilayan macam raja!
Sekarang ni generasi Mek yang conquer rumah. Mek yg datang jauh dari KL. Mek sekarang ada 5 ekor anak - 2 ekor remaja, 3 ekor baruuuu je lahir semalam. Pandai si Mek ni, nak beranak punya bising ajak orang teman. Boleh pulak siang beranak sekor, delay sekejap - rehat - rehat, jalan-jalan - malam baru beranak lagi dua ekor.
"Gajah" anak jantan Mek sudah besar panjang. Panjang dan kurus. Ini kesayangan mak ni. Orang keluar rumah dia pun sibuk nak menghantar, orang balik rumah pun dia sibuk menyambut sampai ke pagar. Dalam proses untuk dilatih sebagai kucing circus. Hehe. Boleh meniti the top of the gate like an expert. Hehe. Gajah, gajah.
Anje, anak betina Mek. Kecik molek je. Dan mengada.
Last but not least, Corelle sang merempat. Comel dan baik. So sekarang dah x merempat lagi. Dia kucing rumah ini. Ada cerita di sebalik namanya :p.
Awal pagi selasa, 19 jun 2012, Dodi telah pergi meninggalkan kami selama-lamanya. Tidaklah ia menjadi satu kejutan buat kami kerana Dodi pun dah semakin tua dan uzur, tetapi ia tetap merupakan satu kehilangan yang sangat menyedihkan.
Dodi telah lama berkhidmat dgn keluarga ini, kurang sedikit dari Alin. Dia merupakan seekor kucing jantan yang gagah menguasai kampung. Seharian meronda kawasan, menanda tanah jajahan, berlawan bukti kegagahan. Saat pulang ke rumah pasti akan terdenga iauan kuatnya tanda dia sudah pulang, seolah memberi salam. Sang raja pulang untuk mengisi perut yg lapar. Andaikata tiada makanan yg terhidang, dia menunjukkan bakat terpendam menolak tudung saji bagi mendapatkan makanan yg ada. Habis ditolaknya sampai jatuh pinggan mangkuk pecah berderai entah tak tebilang berapa. Petanda seekor kucing yg bijak kerana kemahirannya semakin lama semakin bagus. Bak kata orang practices makes perfect. Kalau mula-mula dulu saat dia menjalankan misi akan terdengar bunyi bising pinggan ditolak, semakin lama semakin kurang. Pinggan pun kurang yg pecah tetapi makanan tetap dapat dicuri. Dia membina kemahiran membuka tudung saji.
Namun begitu, dia kucing yang baik dan menghiburkan. Terutamanya sebagai penghibur hati emak. Dia tak kisah dibedung emak ibarat bayi. Atau diketakkan di dalam lori mainan lalu ditolak-tolak. Kucing yang penyabar dan selamba.
Di akhir hayatnya, memang dia semakin lemah. Tetapi selera makannya tetap ada dan tidak bosan berusaha menolak tudung saji. Semangatnya untuk hidup begitu kuat!
Dodi, kami pasti akan merinduimu. tapi syukur Allah telahhantar pengganti kawan momot yg rupa mcm dodi. We love u Dodi. Hope to meet u in Jannah. Amee.
Entri ini adalah penyertaan bagi contest '10,000 interpretasi' di blog contengconteng .
Kehadapan adinda-adindaku yang disayangi,
Cuba lihat gambar di atas. Apa perkara pertama yg terlintas di fikiran korang tatkala melihat gambar tersebut? Along yakin dan pasti, bermacam-macam perkara kan bermain di fikiran korang. Meh Along berkongsi apa yang Along rasa. Lepas ni korang kongsi dengan Along pulak, ok.
Mari kita sama-sama menyelusuri lorong memori (baca:memory lane), mengimbau kenangan kita adik-beradik :)
Mula-mula bila tengok gambar ni, Along teringatkan filem "Up" yang kita tengok sama-sama di ruang tamu dekat rumah. Sahlan la yang beria-ia nak tengok. Along pun tengoklah jugak, tapi sambil tersengguk-sengguk di atas kerusi kelabu emak yang dah berzaman dalam keluarga kita. Hehe. Makanya, Along tak tahu pun sebenarnya jalan ceritanya, tapi dalam sedar tak sedar tu, adegan rumah orang tua diterbangkan belon tu tercetak di minda luar sedar Along ;p Mungkin sebab belon-belon yangcolourfuldalam gambar di atas membuatkan Along (dan Along yakin korang juga) boleh relate dengan cerita tu. Kesimpulannya, sesi duduk berkumpul bersama keluarga adalah satu sesi yg sangat-sangat berharga. Tak kira la ada yang tidur ke, duduk-duduk saje ke, yang penting rasa KEBERSAMAAN. Aktiviti-aktiviti macam ni la yang mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Betul tak cakap Along? Kita jarang bersua kerana jarak dan masa, saat-saat bersama begini wajib kita hargai dan gunakan sebaiknya. Masa untuk recharge balik kasih sayang sesama kita :)
Lagi,apa yang Along fikirkan? Melihat belon-belon yang berterbangan itu, teringat zaman kecil-kecil. Dulu, kalau pergi pasar malam selalu tengok belon-belon yang diisi gas helium diikat pada sebatang kayu yg dipacak, bergera-gerak ditiup angin seolah-olah ingin lepas bebas. Selalu Along terfikir, kalau belon ini terlepas, sampai ke manakah ia akan terbang? Siapakah manusia bertuah yang bakal memiliki belon-belon itu? Selalu Along angan-angankan, kalaulah Along yang bertuah itu... pernah tak korang terfikir macam Along? Macam best kan, entah dari mana tiba-tiba datang belon-belon yang comel terbang turun ke arah kita :)
Dan bila terpandangkan kucing yang melekat di kaki budak tu, terus Along teringatkan kucing-kucing yang kita bela kat rumah. Terutamanya kucing-kucing kita yang sangat rapat dengan kita tapi Allah lebih sayangkan mereka. Teringat Alin yang setia, Jojo yang baik dan comel, Chiko yang manis. Betapa air mata kita pernah sama-sama menitis saat pemergian mereka. (Masih ingat adegan pelakon terbaik yang korang nobatkan pada Along? Mula-mula Along niat nak pura-pura menangis je masa korang rakam video lepas Alin mati tu, ended up Along menangis betul-betul dan kita semuapun bersedih) Tak lupa juga kucing-kucing yang masih setia menjadi penghibur kita sekeluarga - Dodi sang hero yang licik dan peramah, Comel yang gemuk gebu gerammmmnya, serta 3 beradik yang lincah itu. Banyak sungguh memori-memori yang kita kongsi bersama, yang bertambah manis lagi dengan kehadiran haiwan-haiwan comel anugerah Allah ini.
Demikianlah wahai adinda-adindaku, sekeping gambar yang menggamit seribu memori kita bersama. Moga Allah kurniakan kita semua peluang untuk terus sama-sama mencipta memori indah, berkongsi kehidupan dalam redhaNya, seterusnya sama-sama diizinkanNya untuk bersatu di syurgaNya kelak, insyaAllah. Hargailah keluarga kita. Hormati dan sayangi Mak dan Abah, yang kakak kasihilah adik, yang adik hormatilah kakak. Teruslah berkasih sayang hanya kerana Allah.
Buat Dikla, Dikmi, Awin dan Adik Sahlan, ketahuilah bahawa Along SAYANG kalian semua :)
Sebelum Along menoktahkan warkah ini, terimalah.....
Sabtu lalu menyaksikan sebuah lagi kehilangan yang memilukan hati. Pemergian Jojo kesayangan yang baru berusia setahun lebih. Jojo yang gemuk, comel dan baik. Jojo yang kadang2 bila datang anginnya akan berkejar-kejaran dgn kami, mengiau-ngiau ke dalam bilik sewaktu kami sedang lena, datang mengacau dan menyendeng.
Allah bagi pinjam Jojo sekejap kpd kami sebelum Allah ambil kembali milikNya itu. Terima kasih Allah atas pinjamanMu yang sekejap itu tapi membahagiakan. Moga Kau gantikan yg lebih baik lagi buat kami. Dan moga Kau pertemukan kami dgn Jojo di syurga kelak, insyaAllah.
Jojo, we really love you and will surely miss you. *sobs sobs*
Malam 27 Ramadhan 1431H menyaksikan pemergian kucing kesayangan yg tertua - ALIN.
Setelah lebih 12 tahun menabur bakti, menjadi sebahagian dari keluarga ini, akhirnya Allah menarik kembali salah satu nikmat yg dikurniakanNya kpd keluarga ini.
Alin yg menjadi induk kepada generasi-generasi kucing kami. Alin yg tika kecilnya nakal dan lasak, membesar menjadi peneman setia tika di dapur. Alin yang suaranya jarang-jarang di dengar, tapi sentiasa saja memberi respon saat di panggil. "Alin!" Ekornya akan bergerak-gerak menyahut panggilan itu, walau kepalanya memandang ke arah lain. Alin yg sangat sangat suka melompat naik ke kerusi meja makan, pantang saja melihat kami hendak menjamu selera. Alin yg suka duduk di tempat-tempat pelik. Alin yg sudah berusia tapi masih comel dengan mata hijaunya yang bulat bersinar itu. Alin.... Alin...
Saat-saat akhir kehidupannya menyaksikan seekor Alin yang hilang selera makan, lemah terjelepuk, sukar untuk berjalan lagi... Memang menyedihkan. Tapi apakan daya, inilah ketetapan Allah. Masa Alin yg telah dijanjikan telah tiba. Masa kita, bila-bila pun akan tiba. Mati itu pasti. Bersediakah kita?
May we meet again Alin in Jannah, insyaAllah. Allahumma amin...
Percaya tak, kucing ni skrg berusia 24 tahun? Sebaya along tu! Ia merupakan seekor kucing yang dimiliki oleh sebuah keluarga di Britain. Tak pasti kesahihannya, tapi boleh jadi betul.